Pandangan Tentang Mimpi Dalam Konteks Islam

>> Oleh Mohd Fadly Samsudin

MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.

Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.

“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.

“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.

“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana iblis tidak dapat menyerupai wajahku.

“Persoalannya, sejauh mana keyakinan dan pengetahuan kita berkaitan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan di sinilah orang ramai mengaku berjumpa nabi s.a.w dalam mimpi yang mendakwa mereka berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata menghairankan apabila nabi s.a.w berbangsa Arab Quraisy mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan dengan itu terserlah tugas iblis yang mahu menyesatkan orang ramai.

“Petanda dalam mimpi seperti patah gigi, dibelit ular, dikejar ombak dan sebagainya ada tafsiran tersendiri sebagai ilham yang dikurniakan kepada individu dengan syarat tertentu seperti orang itu bertakwa, tidak melakukan maksiat. Barulah petunjuk itu hampir kepadanya.

“Paling jelas, sekiranya seseorang bermimpi berada dalam rumah ibadat agama lain itu adalah petanda orang berkenaan akan ditimpa musibah sihir,” katanya.

Beliau berkata apabila kita bermimpi perkara buruk atau ngeri, nabi s.a.w mengajar kita supaya mendapatkan berlindung daripada Allah s.w.t.

Menurutnya, orang yang mendakwa bermimpi arwah boleh disebabkan waris amat merinduinya sehingga terbawa-bawa dalam tidur.

“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi.
Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: Apabila engkau
baring di tempat tidurmu, maka
bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh.

“Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala,
muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya.

About these ads

50 comments on “Pandangan Tentang Mimpi Dalam Konteks Islam

  1. Baru tadi saya mengalami mimpi ini.saya mempunyai 5 org adik beradik.seorang lelaki yang lain nya perempuan.saya dengan adik lelaki ini merupakan kembar.jadi kami rapat.adik saya no 3 ini pun lebih rapat dengan kami mungkin kerana perbezaan umur antara no 3 dan adik saya no4.saya bermimpi kami sedang bergurau saya kembar saya dan adik no 3.adik no4 dan 5 sedang tidur di tingkat bawah rumah.sedang kami bergurau dtg seorg lelaki yg tak dikenali.tidak tahu mengapa saya dan adik saya melarang dia untuk masuk.mcm2 cara kami laKukan.kami sangka kan dia sudah lari kerana meliht ayah kami pulang dari kerja.sebab dia dah takde.ayah saya mahu mkn.saya ajak dia ke dapur sementara saya hidangkan makanan untuk dia.tiba2 adik saya no4 dtg kepada saya dlm keadaan yang berdarah dan dia kataksn yg dia di rogol.saya menangis kerana saya leka ketika itu hingga menyebabkan perkara tersebut jadi.apa maksud mimpi saya.

      • selalu dgr kalau kita mimpi binatang berbisa seperti ular berwarna hitam ataupun gelap, maksudnya selain daripada warna cerah. ada petanda tak baik.. ada orang nak aniaya kita.. nak lebih faham adalah ada orang nak sihir kita or benda jahat lain..sebab apa-apa yg bkaitan dgan warna gelap ni selalunya tak berapa baik.. tak tahulah betul ke tidak.. wallahualam..

  2. kenapakah setiap tafsiran mimpi itu berlainan…?dan bagaimana kami(org yg kurang bepengatahuan)ni nk tahu tentang yang mana satu tafsiran mimpi itu boleh dipercayai?

  3. Saya telah bermimpi bahawa arwahyarhamah bonda saya membaca surah al-fatihah untuk saya.. Minta jasa baik saudara jika dapat membantu menafsirkan mimpi tersebut..

  4. askum,ibu sye pernah mendpt sa2 mimpi yg aneh..,,iaitu dia berlawan n 3 ekor syaitan..syaitan itu cbe hendak merampas adik saye yg ke-5..,kbtlan seowg bomoh ni dia hendk menghancurkan keluarga saye..xthu la ape yg dia mintak tetapi dia slalu megacau keluarga saye..sye harap awk dapat bantu sye..,,da mcm2 sye n keluarga buat supye dia xkcu kami agi,,..kmi hanye b’serah kpde allah shje..,

    • pegi umah die senyap2 malam2,bgkus die dalam guni,tikam ramai2..pastu ikat guni tu ngn batu,campak dalam sungai..settle..org cmtu mane blh buat main bro..aku da kene da..

  5. Assalamualaikum saudara, kalau kita mimpi kawan baik kita atau bakal isteri kita tikam kita dari belakang, maksudnya lelaki itu merasakan dia dikenakan dan dimainkan dan dianaiya oleh wanita itu, pe maksudnya ye? diharap saudara dapat memberi menafsirkan pe makna mimpi tersebut? terima kasih.

  6. Assalamualaikom … beberapa hari yang lepas saya bermimpi seorang lelaki menyarung kan cincin emas putih ke jari manis saya .. .. mimpi saya itu sebelum waktu subuh , dan sebelum tidur saya ada membuat solat tahajjud,taubah,hajat , istikarah dan membaca surah yassin sebelum berdoa , saya memohon kepada Allah supaya dipercepatkan jodoh dan di beri petunjuk …. boleh bantu saya ? Apakah maksud mimpi saya ini …

    Terima Kasih .

  7. salam..saya ingin tahu apakah maksud mimpi melihat langit tebuka? ketika itu saya dan kembar saya berada di sebuah padang pasir yang amat luas…sedang kami termanggu mencari jalan pulang tiba2 pintu langit terbuka luas dan saya tidak nampak apa2 di dalam nya… dengan serta merta saya terus bersujud, tetapi kembar saya masih berdiri kaku melihat apa yang berlaku…

  8. assalamu’alaikum ya ukthi ya akhi, semalam saya ketiduran setelah shalat tahajud dalam mimpi saya, saya melihat tower/menara yang disinari matahari diantara awan gelap, kemudian setelah langit kembali cerah, saya melihat 7 matahari namun ada 1 matahari yang bersinar cerah menyinari saya. kiranya apa maksud mimpi tersebut?

  9. assalammualaikum….semalam saya mimpi makan daging khinzir…..dan malam sebelumnya saya mimpi minum air arak…apa makna mimpi saya ya?…..

  10. sy bermimpi suami sy curang ngan sy..sy nampak dia ngan perempuan lain. dia rasa terkejut apabila ternampak sy pd waktu itu. ape maksudnye..

  11. sekita subuh jam 600 pagi saya bermimpi melahirkn seorang bayi lelaki tapi yang peliknye saya xtengok wajah anak saya…..

  12. sy mimpi di depan pintu rumah saya ada gerobak berisikan 2 peti dengan mayat didalamnya.mayat lelaki dan perempuan yang keduanya saya tidak kenal,dalam mimpi itu saya ambil sesuatu barang dari si mayit dan saya buang dijalan,lalu kedua peti berisikan mayit itu saya simpan dirumah dan keesokan harinya saya beritahuka keluarganya agar mengambil mayit tersebut,pada saat keluarganya akan mengambil,saya lalu terbangun…..mohon diartikan secara islam…jazzakulloh khoiron katsiron……

  13. saya bermimpi saudari lelaki yang telah meningal dunia lam datang berjumpa saya dan memberitahu yang dia dalam perjalanan pulang dari mekah lepas merngerja kan haji dan saya bergitu gembira dan menangis dan beritahu kehidupan saya sunyi adik beradik yang lain telah berumah tanga dan …..apa makna dalam islam

  14. assammualaikum

    saya mimpi dihari kiamat, dimana saya membantu orang ramai dengan kuasa yang saya miliki, apakah maksud mimpi itu?

  15. makcik kepada sepupu 1kali saya bermimpi bahawa arwah isteri saya tak sayang pda saya malahan kasihsayang nya jatuh kepada sepupu 1kli 0leh sepupu 1kli sya,,apakah erti mimpi makcik itu mengenai arwah isteri,?

  16. mimpi lihat ayat al-quran terukir di langit. tp tak ingat ayat tu bunyinya mcm mn. klu tak silap sy ada dgr suara bc tafsir surah an-nahl. mlm tu sy bc yassin lepas maghrib. n family suami ada buatkan air tawar untuk suami yg semakin berubah.

  17. assalamualaikum..sy mimpi lelaki yg sy mnt , bergurau senda dgn sy n lps tue dia kta dia akn jmpa sy tp, mse sy tnggu ..dia xdtg..apa mksd mimpi tue???

  18. assalamualaikum….sy mimpi wanita berjilbab hitam yg sangat cantik sekali,,dan suka sama saya,,,apa mksd mimpi saya itu y????????????/

  19. ASSALAMU ALAIKUM<tadi saya bermimpi pas adzan ashar di mesjid,sy terbawa ke suatu tempat,disna saya sedang berjmur,tapi tman2 sy mengolk jemurn saya dan mengerjai saya,tak lama kemudian,gigi taring bawah saya goyang dan tercabut dan mengeluarkan darah yg bgitu banyk,tak lama kemudian gigi itu trpasng kmbli,tapi anehnya gigi itu terpasang waktu saya duduk berdoa sambil membca surah pendek,saya melihat diri saya memohon smbil menahan lngit.????apa artinya

  20. assalamualaikum….sy nak ? apa maksud kalau kita bermimpi saya berada di dalam masjid hendak menunaikan ibadah dan dalam masa yang sama saya ternampak seorang wanita yang saya kenal juga berda di dalam masijid……??????? apa maksudnya….

  21. Mimpi Dihimpit dua treler Dan mimpi memandu seorang diri sampai tempat yang Indah seolah-olah ke hujung dunia.apa maksud mimpi ini?

  22. Hi, sudah 2 Kali saya bermimpikan arwah sepupu saya. Dikedua-dua mimpi itu, arwah asyik menyatakan betapa dia menyayangi saya…. dan tiada siapa pun yang boleh menyakiti saya, arwah akan melindungi saya, kerana dia amat menyintai saya hingga kini… :(
    Dari kecil lagi, semua saudara mara kami tahu.. bahawa beliau memang menyintai saya… Tetapi malangnya dihalang oleh keluarga.
    Persoalannya, apakah maksudnya mimpi saya bertemu dengan arwah Abang sepupu saya itu?

    Tolong lah, saya sangat sedih dengan mimpi2 itu bertemu dengan arwah. Kerana saya jugak amat menyayanginya……

    Terima kasih. Assalamualaikum….

  23. assalamualaikum…
    saya mempunyai sepasang cahaya mata…dan saya sudah 3x berturut2 mimpi anak kembar…tapi yg anak kembar yang saya mimpikan itu sebiji sepasang cahaya mata saya..saya ingin tahu apa ka maksudnya itu..dan semalam saya mimpi sekali lagi anak saya kembar tapi pompuan…dalam keadaan mimpi tersebut anak kembar itu sedang dibuai yang diayun…ditingkat atas umah dan anak kembar itu telah berusia 2tahun..padahal saya baru sekali tengok mereka…tetapi antara 1 bayi kembar itu mempunyai keadaan yang tidak normal iaitu kepalanya agak besar sedikit…tetapi dalam masa tersebut saya sempat mengucap bersyukur kepada allah kerana mengkurniakan cahaya mata yang kembar..
    berat 2.8kg dan yang satu lagi 2.2kg..apa ka maksud disebalik mimpi ini..kerana sekarang saya sedang hamil 4bulan

  24. Saya minta bantu…sy mimpi gigi anak lelaki saya patah..lalu darah mengalir dari mulutnya lantas dia memberi saya giginya…apa tafsirnya..sy tak dpt solat kerana kedatahagan haid…

  25. Saya bermimpi melihat surah alfatihah dilangit..langit bercahaya cantik…surah itu keluar satu persatu..kemudian keluar pula sepotong ayat …ya rahim…ape kah tandanya..

  26. assalamu^alaikum aq udh lamaran,aq mimpi cincin lamaran patah gr2 d saku dan tdk sengaja kedudukan mimpinya habis subuha,tolong kasih tau tafsirny,trmksh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s