19 Teka-Teki Untuk Kamu Yang Bijak

1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’
8 ) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
> Answer: Pembohong…
9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
> Answer: Usus
10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut
11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak
12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
> Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’
13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer: – Sekretari baik………………’Selamat pagi tuan’ – Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni tuan’
14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang…hehe
15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur
16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung
17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…
18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…
19) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah……
Advertisements

Kesian Lembu…

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tigaekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapimanusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan teloraku,macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuhdiri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang puntak pernahpanggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Tangisan Mat Rempit

KUALA LUMPUR: Seorang remaja 16 tahun yang menganggotai dua kumpulan lumba motosikal haram, Apache Sereng dan Benetton, menggigil sebelum menangis ketakutan sejurus ditahan polis trafik di Jalan Raja Laut, di sini, malam kelmarin.
Remaja yang bersikap tamak dengan menganggotai kedua-dua kumpulan lumba haram terbabit serentak, sebelum itu riang gembira bersama rakannya yang lain berlumba motosikal dan melakukan aksi bahaya sebelum menangis sejurus ditahan. Difahamkan, pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Selayang itu menangis sambil merayu dilepaskan tetapi modal air matanya gagal memujuk hati anggota trafik yang memburunya sejak tiga bulan lalu.
Dia dikatakan menganggotai Apache Sereng dan Benetton semata-mata untuk menciplak skil lagak bahaya serta berlumba daripada anggota kedua-dua kumpulan bermusuhan terbabit.
‘Kebijaksanaannya’ menganggotai kedua-dua kumpulan terbabit terdedah selepas polis menemui kad keanggotaan di dalam dompetnya. Dia dikatakan menganggotai Apache Sereng dan Benetton semata-mata untuk menciplak skil lagak bahaya serta berlumba daripada anggota kedua-dua kumpulan bermusuhan terbabit. Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, remaja terbabit ditahan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Laut oleh dua anggota polis berpakaian preman yang mengekorinya.
“Remaja terbabit menggunakan skuter dan sering berlumba haram, menunggang dengan satu tayar terangkat selain menyusup di celahan kenderaan bergerak. “Sudah berbulan-bulan polis memburunya tetapi dia dapat melepaskan diri setiap kali kami melakukan operasi. Bagaimanapun, kali ini nasibnya berbeza,” katanya. Rekod polis menunjukkan, remaja terbabit bersama anggota lain kumpulan lumba haram itu sering ‘beraksi’ di sekitar Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka serta Jalan Tunku Abdul Rahman.
Dalam operasi itu, remaja terbabit adalah antara 12 yang ditahan bermula jam 11 malam dan berakhir lima jam kemudian. “Semua yang ditahan berumur 16 hingga 24 tahun dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok,” katanya. Mengenai punca remaja sanggup menjadi Mat Rempit, sumber itu berkata, ada kemungkinan ia disebabkan masalah di kalangan ibu bapa mereka sendiri. Katanya, perceraian selain masalah rumah tangga menyebabkan remaja tertekan dan mengalihkan tumpuan menjadi Mat Rempit untuk melupakan masalah.

Made In Japan

A Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took aProton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within the speedlimit but the Jap was getting impatient. The following is their conversation on the way to the airport.

A Toyota Camry overtook the taxi…..zoom…. Jap: Look …look …Toyota!! …very fast!!!…. made in Japan!Proton…no good…. made in Malaysia.

Driver: yah…. After a few minutes a Nissan overtook the taxi….zoom.
Jap: look…. look…. Nissan!!!….. very good!! very fast! made in Japan!Proton…. no good…. made in Malaysia
Driver: yah….yah…

After a few minutes a Honda overtook the taxi…zooom. !
Jap: look…. look… Honda!!…. very GOOD!!….very fast!!….madein Japan! Proton…no good…made in Malaysia
Driver: yah…yah…yah….!

Arriving at the airport,the Jap is about to pay the taxi driver.
Jap: How much?
Driver: RM150/-
Jap: Oh… very expensive….. you overcharge ! !
Driver: Noooo …. look …. look …. Sony meter!!….very good!!….very fast!…. Made in Japan!

Rahsia Kejayaan

Di suatu majlis untuk meraikan “Usahawan Paling Berjaya”, seorangwartawan bertanyakan usahawan berkenaan, “Apakah rahsia kejayaan tuansehingga dapat membina perniagaan yang begitu besar dan tersohor?”

Jawab usahawan berkenaan, “Ada lima perkara yang menjadi asas kejayaansaya. Pertama, saya sentiasa bersikap adil kepada sesiapa sahaja.Kedua, sentiasa bersikap jujur. Ketiga, saya sentiasa menjual barangansaya pada harga yang berpatutan. Keempat, saya menjaga kebajikanpekerja saya dengan baik. Dan kelima, beberapa tahun lepas, bapamertua saya meninggal dunia dan meninggalkan harta sebanyak lima jutaringgit kepada anak perempuan tunggalnya.”

http://usahawanberjaya.cjb.net

Keluhan Hati Suami

Duhai isteriku….
Abang ingin kahwin lagi..bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda.. memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang ini perasan saja..bila bekerja berbincang bersama..
entah kepala ini dah melayang ke mana..mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..
abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..

DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..
Duhai isteriku…maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu.. “Pah butang baju abang mana Pah….”

KELUHAN HATI ISTERI

Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat Abang,

Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?

Abang,Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhirat disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma…

Abang,Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang,Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakanJanjimu kini hanya tinggal kenangan

Abang,Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan…

Abang,Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali,Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diriLebih baik aku pun mula mencari pengganti

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!