Sesi Baru Kelas Pengajian Al-Quran PERCUMA 2014 Untuk Muslimah & Kanak-Kanak di Seksyen 7, Shah Alam

Sesi Baru Kelas Pengajian Al-Quran PERCUMA di Seksyen 7, Shah Alam Kini Di Buka

alquran

Berminat untuk belajar mengaji / membaca al-quran secara percuma? Ya, tiada apa-apa bayaran yang dikenakan. Ikhlas dari tenaga pengajar hanya untuk bekalan akhirat, atau anda juga boleh memberikan sumbangan seikhlas hati sekiranya anda berkemampuan.

Kelas Pengajian Al-Quran
Hari: Setiap Hari (Isnin – Ahad)
Waktu: 11 pagi – 2 petang (Sila Hubungi Untuk Temujanji)

* Sepanjang Ramadhan, Waktu Pengajian: 9 pagi – 12 tengahari (Setiap Hari: Isnin – Ahad)

Lain-lain berkaitan Al-Quran
– Asas Fardhu Ain
– Mempelajari Tajwid
– Ayat-Ayat Lazim
– Bacaan Dalam Setiap Rukun Solat
– Bacaan Yassin & Al-Kahfi
– Bacaan Doa-doa Seharian
– Azan / Iqamat

…untuk Wanita Dewasa & Kanak-Kanak.

Lokasi : Platinum Homes, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Yuran : PERCUMA! (atau sumbangan seikhlas hati)

Sila hubungi +6 019 – 935 3990 (Pn. Fatimah) untuk pertanyaan, temujanji atau maklumat lanjut!

** Kelas terhad dengan keluangan waktu tenaga pengajar. Jika kelas sudah penuh, kami akan akan menghubungi anda untuk sesi yang seterusnya. Harap Maaf.

** Tenaga pengajar adalah wanita (melainkan untuk sesetengah waktu ada juga tenaga pengajar lelaki, dan juga untuk kelas hafazan gurunya adalah lelaki). Jika anda adalah seorang lelaki, pastikan anda ditemani isteri atau muhrim anda.

Sekian, Terima kasih.

*** Previous Post: http://spmodels.net/alqadri/122/kelas-pengajian-al-quran-percuma-di-seksyen-7-shah-alam/

Maksud Tafsir / Tafsiran Mimpi Mengerjakan Haji Atau Umrah di Mekah – Melihat Kaabah

the most beautiful of mecca

* Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan.”

Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.

Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.

Iklan: Al-Amin Muslim Kids Online Fashion & Apparel Store | Butik Fesyen Pakaian Menutup Aurat Kanak-Kanak Islam di Shah Alam dan Kuala Lumpur

MUSLIM KIDS FASHION STORE

large-banner-05.jpg

::: wWw.aLaMiNKiDs.CoM :::
– HOTTEST & TRENDY KIDS COLLECTION IN TOWN! TERHANGAT DI PASARAN!
– CHEAPEST RATE IN TOWN! PALING MURAH!
– VARIOUS CHOICES! PELBAGAI PILIHAN!
– SELESA DAN BERKUALITI!

– PASTI MENUTUP AURAT!
– YOUR KIDS WILL LOVE IT! ANAK ANDA PASTI SUKA!

_____________________________________________________________________

*** Pakaian kasual, renang, sukan, formal, solat, dan banyak lagi..

” Lihat Dulu.. Pilih, dan Kemudian Baru Beli..

Tak Rugi! Kami Menyediakan Yang Terbaik Untuk Anak Anda! ”
>>> Visit Our Store OR Purchase Online Now!

G 23A, Blok 4, Laman Seri Business Park, Sek 13, Shah Alam,Selangor.
Tel :03-55110793
Open: Monday to Saturday 9.30am to 5.30pm

1F-03, Tkt 1 SACC MALL, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel:03-55199488
Open: Monday to Sunday 10.30am to 9.30pm

See more at: www.alaminkids.com

TAFSIR MIMPI : Terbang

MIMPI TERBANG ; Jika anda terbang dalam keadaan yang tenang dan menghayati keadaan sekeliling bermaksud anda berada dalam situasi yang terpenting. Anda telah bangkit kepada keadaan yang lebih baik. Anda memperoleh perspektif baru tentang sesuatu hal. Jika anda berkeupayaan mengawal penerbangan, ianya menunjukkan anda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda.

Jika anda mempunyai masalah dalam penerbangan, bermaksud sebaliknya; tidak mempunyai kuasa mengawal kehidupan sendiri. Halangan seperti pokok, gunung dan sebagainya bermaksud banyak halangan dalam hidup anda sekarang ini. Anda perlu kenalpasti apa atau siapa yang menghalang anda daripada maju kehadapan didalam hidup. Kesukaran untuk terbang juga bermaksud anda kurang yakin atau keraguan dalam hidup anda. Anda perlu PERCAYA pada diri dan jangan takut. Jika anda takut ketika terbang, ianya bermaksud anda takut kepada cabaran. Mungkin anda belum lagi bersedia untuk langkah seterusnya.

Secara keseluruhan MIMPI TERBANG bermaksud kekuatan MINDA & KEINGINAN anda. Anda merasakan tiada siapa yang dapat menghalang segala usaha anda. Mimpi ini melahirkan rasa KEBEBASAN didalam diri untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup anda.

Share by: Ceciter Misteri

Pandangan Tentang Mimpi Dalam Konteks Islam

>> Oleh Mohd Fadly Samsudin

MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.

Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.

“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.

“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.

“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana Continue reading