Bermimpi Akan Haiwan @ Binatang

Mimpi melihat binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.

Mimpi melihat seekor binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.
Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.
Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

79 Responses

  1. kalau mimpi org yang kita sayang dipatuk ular?

  2. mungkin dia nanti akan berkahwin tapi ngak pasti sama mas atau orang lain.

  3. tolong tafsir mimpi ini!kakak bermimpi ibu kami membela babi..adakah membawa maksud kurang enak didengar.

  4. membela babi, kalau ia bukan mainan mimpi slalunya bermaksud, ada orang yg rapat dgn kita cuba bniat tidak baik thadap kita.

  5. Saya bermimpi banyak bangkai ular dari pelbagai warna mati d potong-potong.Pada masa yang sama,saya memegang parang berlumuran darah seolah-olah saya yang telah membunuh semua ular itu.Tetapi ada seekor yg masih hidup seolah-olah dia yg memberi arahan kepada saya utk bunuh semua ular tersebut.

  6. saya bermimpi seekor monyet telah mengawan dengan seekor binatang liar seperti anjing. tetapi mengawan secara paksa.apakah maksud nya???

  7. mimpi katak dan ular tidur di katil

  8. sy mimpi sy berlari2, sy x tahu ape tujuan sy berlari2 hinga sy terjumpe sekor ular sawa yg sgt besar dan sy dpt membunuhnya….lepas tuh sy trus berlari2 hinga temui sekor lg ular sawa besar,sy diturus dibidas dgn ekor ular dan turs jatuh kbumi….sy arap sesiapa dpt mentafsir mimpi aneh sy neh….

  9. Salam…suami saya bermimpi berjalan2 dgn saya di kawasan sawah, tiba2 ada 3 ekor ular mengejarnya dan ular yg paling kecil berjaya melilit lengannya..dia cuba melepaskan diri…pastu tak pasti berjaya ke idak lepaskan diri, pastu terus terjaga…mimpi tu dalam kul 3 pagi…minta tlg pada yang arif tafsirkan…terima kasih.

  10. jika saya bermimpi lipas yang banyak apa maksudnya?

  11. jika saya bermimpi memegang babi, apakah maksud nya?

  12. saya ni balu…saya mimpi saya tengah mandi dlm sungai/kaw.air mengalir..pastu tibe2 ada byk lntah.sekor hinggap kat kaki n saya jerit minta tlg buangkan.pastu ada sorang lelaki tlg buangkan…utk pengetahuan,sy memang geli lnth.

  13. beberapa malam saya bermimpi anak ayam yang bewarna kuning…hari terakhir saya bermimpi semua anak ayam mati di tangan saya…boleh tolong tafsirkan mimpi saya itu. mimpi saya itu berlaku pada jam3..wassalam

  14. minggu lepas sy termimpi seekor ular. ular 2 merenung sy dan mengelilingi sy ketika sy duduk di kerusi yg boleh berpusing. time ular 2 patuk sy, terus sy terjaga dr tidur. apa agaknya maksud mimpi 2?

  15. saya bermimpi digigit anjing hitam yang kemudiannya ia bertukar menjadi seorang manusia menyerupai diri saya sendiri lantas menarik tangan saya dengan muka yang bengis.. apakah maksud mimpi ni?? tolong tafsirkan..

  16. nk tny kalau kite mimpi kene gigt anjing ap mknenye ek?
    dh 2x minpi yg same..
    wak2 mimpi 2 mule2 dh kene gigt tp dpt lepas tp anjing 2 still kejr n nk gigt blk..ap mksdnyer??

  17. Saya bermimpi menangkap seekor ular sebesar ular sawa. Begitu juga dengan suami saya.

    Kami cuba membuang ular itu di laut. Tapi Ular di tangan saya masih saya pegang kuat di mulutnya untuk mengelakkan ular itu menggigit saya.

    Dalam memegang, ular tersebut jatuh ke atas kepala saya.

    Apa maksudnya??

  18. saya bermimpi jumpa 1 telur binatang yg besar & menetas didepan sy, tetapi telur yg menetas td menetaskan seekor
    anak kucing ygmana besarnye adalah seperti kucing ditahap umur remaja dan pd masa itu juga kucing tersebut tiba2 telah mengandung & terus beranak normal seperti kucing biasa dan telah melahirkan seekor ank kucing biasa. dan pd ms yg sama setelah melihat keganjilan berlaku dalam mimpi tersebut sy sempat memuji keagungan allah s.w.t & kekuasaannye setelah melihat keganjilan yg berlaku didepan sy. sy bermohon tolong jelaskan apakah maksud mimpi sy td. terima kasih. wassalam…

  19. saya bermimpi melahirkan anak kucing. boleh tafsirkan maksudnya?

  20. nak tau makna mimpi bangkai binatang

  21. sy mimpi anak mcik sy sikat rambut sy,ada 3 ekor kutu jatuh dan sy bunuh nya,pastu sy sikat lg ada bnyk kutu jatuh,sy ingin thu sgt apa ramalan mimpi sy tu

  22. salam,kalo saya bermimpi bunuh ular banyak apa pertanda nya??

  23. sya nk apa maksudnya mimpi jumpa orang yang kita kenal lebih dari 2 kali… leh tolong jawab??

  24. ape maksud law kite mimpi kene sengat ngan tembuan?

  25. saya nak tahu apa maksudnya kalau mimpikan seekor cicak hinggap di tangan?

  26. saya bmimpi seekor kucing datang di kaki,dan kencingkan saya! apa maksudnya…sapa tahu tolong ya….

  27. salam…
    kebelakangan ni sy asyik bermimpikan binatang. Mimpi pertama – sy menikam seekor ular hitam yang sangat besar yang berada di dalam sangkar dengan sebilah pedang emas.
    Mimpi kedua – sy bermimpi melalui satu kawasan yang sangat lapang. di kawasan tersebut ada satu jalan lurus dan di kiri kanan jalan tersebut ada banyak lembu-lembu bewarna kuning langsat. Di antara lembu2 tersebut ada seekor lembu putih yang sangat besar dan mempunyai tanduk yang panjang. Lembu tersebut naik ke atas jalan yang sy hendak lalui. Lemb2 lain pun ikut serta naik.. tetapi lembu putih tersebut telah menanduk kesemua lembu tadi dari jalan lurus tersebut.

    Mohon pendapat dan tafsiran.

    Sekian, salam.

  28. salam..
    semalam sy bermimpi ular berwarna merah jambu.. ular tersebut bertaring panjang. ular tersebut telah membenamkan taringnya ke tapak kaki sy. dalam mimpi sy menjerit sehinggalah jeritan sy membuat sy tersedar dari mimpi.

  29. saya bermimpi ikan yang banyak pengen gigit saya, apa artinya mimpi ini??
    thanks

  30. nk ask if kt mimpi kene gigit anjing knp ek?

  31. salam.
    saya sudah berkahwin tetapi belum mempunyai anak.saya bermimpi dikejar dan dipatuk ular berbisa sehingga saya menjerit di dalam tidur. seminggu selepas itu saya bermimpi lagi seekor tarantula.dan lebih kurang 3 ke 4 hari selepas itu saya bermimpi di gigit tikus yang besar dan berbisa. saya terjaga dari mimpi lebih kurang 2 ke 3 pagi. apakah petunjuk yang cuba saya perlu fahami melalui mimpi saya?atau hanya mainan syaitan yang mahu menyesatkan manusia? saya tidak pernah mimpi sedemikian.

  32. kalau bermimpi 3 mlm berturut turut haiwan liar?..contoh saya bermimpi buaya pada mlm pertama…kemudian mlm kedua harimau dan mlm ketiga ular…

  33. tadi malam 03 mar 09 pada pkl 1pg saya tersadar dari tidur saya. saya bermimpi dua ekor arnab putih dan hitam dan ia bertukar dua ekor ular sama warnanya. ular putih anak lelaki saya berusia 7tahun telah simpan di dalam container dan ank perempuan saya pula berusa 9thn ambil ular itu dan pegang kepalanya dan ingin menerkap saya. apa maksudnya. saya ingin tahu sampai saya tidak boleh tidur sampai pkl 3pg.

  34. saye bermimpi membunuh org. ape maknenye ek? takut ni :(

  35. salam.. saya bermimpi di kejar khinzir..
    takut la.. apa makna nya??
    thanx..

  36. mimpi biawak banyak ta..

    so anyone can tafsir mimpi ni????

  37. salam,tlong tafsir,sy mimpi muntah ulat pas tu ulat keluar dr pusat sy banyak betul dan ulat yang sy mimpi tu besar betul.

  38. kalu mimpi ular besar kepala np tu ar
    ?

  39. Salam..tlg tafsir mimpi sy..sy brmimpi trlihat org sedang memancing n dia terpanciang buaya..lps tu dlm masa yg sma sy ternampak seekor buaya yg sangat besar hendak membaham seseorang tapi buaya tu tak smpt nak baham la sbb sy da trbangun..apa mksd yg trsirat dlm mmpi sy tu??

  40. salam…

    mimpi sye ni mcm malu sye nk citer tapi sye tpakse nk citer dan nak tau ape makne mimpi sye ini, sye harap sesiape yg bijak pandai psal meramal mimpi ini tolong lah beritau sye, sye amat resah dengan mimpi itu….
    mimpi sye itu ialah sye bjalan berbogel dikhalayak ramai dan orang laen semua buat selamba sahaja seolah2 keadaan itu mcm normal…..tolong ler sye untuk meramal mimpi pelik sye ni melalui email sye.
    tima kasih.

  41. Tuan,
    saya bertanya saya bermimpi jam 02:00 malam
    binatang ulat chinchin keluar dari ibu jari saya mula mula nya kechil 2 ekor saya tarik keluar dari ibu jari kiri saya sepas itu berpindah sebelah kanan ibu jari saya saya lihat keluar merah dari ibu jari saya bermulut jadi saya tarik keluar yang satu ni saya terasa pangang sedikit saya terasa sakit nya sedikit semasa saya keluarkan. selepas itu sama juga kaki kanan saya yang dua ekor ni saya keluarkan seperti biasa. saya ingin tahu apa maksud mimpi saya itu.

  42. saya bermimpi ular sawa nak patuk sy..ape tafsirannya?

  43. mimpi digigit babi

  44. salam…sye sering kali mimpi dikejar biawak ,buaya. lps tu mimpi ular nk gigit sye…..xckp tu sering kali juga mimpi digigit anjing dikejar pun ade…..ape maksud kesemua mimpi tu?sye ingin thu krane slme nie sye tercari2 ape mksdnye tpi xdpt…..arap ruangan nie memberi sye jwpannye……trime kasih….wassalam….

  45. saya nak tahu apa alamatnya jik bermimpi banyak ulat? Ulat yg slalu ada kat sampah tu, melekat dtangan ddlm mimpi saya..

  46. Apakah maksud mimpi saya apabila saya digigit anjing pada tangan kiri

  47. apakah tafsiran kalau kita bermimpi kawan kita berbogel?
    dan apakah tafsiran kalau kita bermimpi kita kena kejar ular?

  48. salam..

    saya bermimpi mengambil wuduk berbogel dan terus keluar dr bilik air dgn selambanya tanpa pakaian dan terus solat..
    Apakah tafsiran dr mimpi saya ini…

  49. aslm,

    mipmpi 1) saya bermimpi melihat 2 ekor monyet bergelut dengan kucing.
    dlm mimpi tersebut saya terasa amat sedih dan takut melihat monyet yang menyerang kucing tersebut.bile tersedar dari mimpi saya rasakan terlalu penat.apakah maksud nye?

    mimpi ke 2:- saya sering bermimpi benda yang serupa, keadaan dan sekeliling yang serupa iaitu, berada didlm sebuah bilik atau rumah, tapi hujan diluar rumah.apakah maksud tersebut

    terima kasih

  50. bermimpi di sekeliling penuh dgn ular.ular tsbut tidak mencederakan saya, terdapat satu ular sawa yg bercakap dgn saya berkenaan still not pregnant dan ular tersebut telah masuk ikut mulut and wat something dlm perut dan ckp semuanya akan baik…ape maksudnya??

  51. bermimpi menembak ular dan di patuk empat ekor ular bersayap berwarna hitam di atas sarang nya

  52. Pagi tadi, ayah sy bermimpi ada org menghantar ular pada sy. Ayah berpesan supaya berhati-hati… Jadi apa tafsiran d sebalik mimpi ayah sy itu…?

  53. kalau bermimpi beberapa lipan yang besar di dalam dinding rumah dan akhirnya membunuh lipan2 tersebut… apakah maksudnya..??

  54. klu mmpi ulat bulu melekat kt badan ape ek?
    and klu mmpi kne kejar ngn monyet ape mksd die?

  55. Saya telah bermimpi 3 ekor tikut comel telah makan makanan saya lalu saya menjerit, satu ekor tikus telah mati. Tolong taksif mimpi tu

  56. tlg tafsirkan..

    saya bermimpi ular berwarna hijau yg besar,tetapi ular itu tidak langsung mencederakan,dia hanya memandang.

  57. saya telah bermimpi sebuah sarang burung helang di atas sepohon pokok janggus yang tinggi. helang tersebut sedang memberi makanan kepada anaknya lalu terbang . manakala di bawah sarang helang yang besar itu terdapat pula sarang lebah. diharap dapatlah sesiapa yang berkenaan menghuraikannya. sekian terima kasih.

  58. semalam saya bermimpi dua ekor ular sedang makan harimau di dalam air ,saya n mak dan org lain dlm banjir lepas itu ada rumah kayu bertiang tggi…

  59. salam..
    saya bermimpi di tingkap rumah saya ada 2 ekor anak buaya yang sangat kecil, ulat air yang sangat gemuk terlekat di tingkap dan saya cuba untuk membuang binatang2 tersebut dengan menggunakan kayu.apabila hendak menutup tingkat, di luar tingkap terdapat seekor biawak komodo sedang memandang ke dalam rumah..saya memang geli akan binatang2 tersebut. apakah maksudnya?

  60. saya nak tanya.. kalau mimpi labah- labah maksud ape ye..

  61. tapi kalau mimpi ular dan ular saling mematuk???sapa tau..tolong respon..

  62. kalau mimpi ular dan ular saling mematuk??pliz respon pada sapa yg tahu jawapannya…

  63. salam.. saya ada mimpi yg agak pelik pada saya… saya bermimpi arwak datuk saya membawa saya ke syurga. syurga itu sungguh indah… ketika saya memijak lantainya, saya terasa seperti gel… namun, arwah datuk saya berkata… bahawa dia akan meninggalkan saya di syurga itu hanya untuk 2 hari… kerana dia berkata bahawa dia tidak dapat bersama saya… saya tidak mengerti akan mimpi itu…

    saya kdg2 pelik dgn mimpi2 saya. mmpi saya kebanyakkannya mmg pelik dan sukar ditafsirkan… satu lagi mimpi yg pelik… saya mimpi seekor ular yang panjang berwarna hitam tiba2 masuk ke rumah dan lalu di belakang dan seterusnya ke hadapan saya. ular itu seperti ular yang gila dan kemudian dia terus hilang dan meninngalkan kepala lipan yg telah digigitnya…

    sekiranya anda punya tafsiran mengenai mimpi ini, saya harap anda dapat berkongsi dengan saya. saya dahului dgn ucapan terima kasih.

  64. aku mimpi kene gigit lipan merah kat kaki mlm td,,bisa(duri kot) tertanam dlm kaki aku,,aku jd pucat lesu mcm biru muka..tlg tafsir..

  65. salam…
    kalau kita mimpi membunuh buaya warna hitam di sungai apa maknanya? selepas tu saya ada nampak lagi buaya lain datang tp dia x usik pn saya

  66. semalam sya brmimpi haiwan,haiwan ganjil sepanjang 1mtr,sya tkut lalu menerkam lehir dia.memasuk kan nya kedalam k.guni… tolong apa tafsiran mimpi sya

  67. Bisa tanya Arti mimpi saya : Melihat lebah di lantai ada yang mati, lalu saya nengok keatas melihat banyak lebah disarangnya dan saya diserang dan disenggat lalu saya mundur, tetapi saya serang balik dengan mengusir lebah2 tersebut dan lebah2 pada pergi sehingga saya hanya melihat sarangnya saja yang kosong.

  68. saya bermimpi jari digigit2 oleh babi…

  69. Saya bermimpi membunuh tikus,tapi karna disitu ada kucing,tanpa sengaja kucingnya juga ikut terbunuh.terima kasih atas perhatian nya.

  70. mimpi binatang berbisa bagi seorg wanita biasanya anda akan di duakan dan bagi binatang buas anda akan di kahwinkan bagi seorang anak dara

  71. sy bermimpi di gigit kucing..pe maksudnye ye…

  72. Saya bermimpi ada sepasang ular kecil masuk ke dalam rumah. Saya cuba membangunkan ayah saya yg sedang tidur utk membantu tapi agak lambat ular itu berlegar-legar di dalam rumah dan di sisi ayah saya. Akhirnya ayah saya bangun dan berjaya menangkap pasangan ular tersebut dan membawa keluar rumah. Ayah saya meletakkan ular tersebut di atas tanah dan kedua-dua ular tersebut mati..Apa makna tafsiran mimpi ini, krn mlm itu saya telah melakukan solat istikharah utk membuat satu keputusan

  73. Saya ingin bertanya mengenai mimpi saya yang ternyata amat pelik bagi saya. Dibawah adalah mimpi saya.

    Mimipi Pertama (Rabu mlm Khamis) – Mimpi mengenai ular. Kawasan mimpi tu adalah umah lama sebelum pindah. mimpi tentang saya dari pintu umah nak keluar melintasi pintu pagar.. tp x dpt sbb byk giler ular yg melingkar dr kawasan pintu umah ke pintu pagar. mimpi x brape jelas. tp tetiba tersentak. Bila terjaga, tgk jam kt dinding, tepat kul 3 pagi.

    Mimpi Kedua (Khamis mlm Jumaat) – Mimpi mengenai ular lagi. Umah sama tp skang dr dlm umah nk keluar umah. tp x dpt kuar jgk sbb byk sgt ular melingkat n menyusur dlm umah tu. mimpi x brape jelas. tp tetiba tersentak. Bila terjaga, tgk jam kt dinding, tepat kul 3 pagi.

    Mimpi Ketiga (Jumaat mlm Sabtu) – Mimpi tentang makhluk halus. Umah sama, dlm umah tp skang family pn ada. Makhluk halus tu mcm ganggu family. so something bad happen kt family dlm mimpi tu. mimpi x brape jelas. tp tetiba tersentak. Bila terjaga, tetiba menggigil sgt.. tgk jam kt dinding, tepat kul 3 pagi.

    p/s : Mimpi ni tiga hari berturut2.. dan yg paling pelik, setiap kali terjaga jam tepat kul 3 pagi.. dan kawasan umah pn sama je tuk ketiga2 mimpi tu.. kak na rasa nape ye? knape semuanya ada 3? 3 hari, pukul 3pagi, kawasan umah sama tuk 3 hari, tersentak 3 hari.. pelik sgt2..

  74. Saya bermimpi ke sebuah rumah di TTDI. Sekembali dari situ ketika berjalan kaki bersama seorang rakan, kami melalui kawasan bertangga yang terdapat anjing berehat. Tiba-tiba seekor daripada anjing tersebut menghampiri rakan yg berada di hadapan.
    Rakan saya mengusap-usap anjing tersebut walaupun setelah ditegur saya. Tiba-tiba datang seekor lagi anjing lalu menggigit tangan kanan saya. Saya melawan dan akhirnya anjing itu lari.
    Saya kemudiannya dibawa ke hospital lalu diberikan satu suntikan bagi tujuan rawatan.

    Harap dapat terangkan jika mimpi seperti ini membawa sebarang makna tertentu.

    Terima kasih.

  75. saya bermimpi digigit lipan..
    apakah maknanye?

Leave a Reply