Jenazah Yang Tidak Reput Selepas Beratus Tahun

Penulis: Penganut Gereja Roman Katolik

VIDEO INI BUKAN BERMAKSUD UNTUK MEMESONG AKIDAH MANA-MANA PIHAK, IA BERTUJUAN SEBAGAI PENGETAHUAN AM BELAKA DAN KESIMPULANNYA TERPULANG KEPADA INDIVIDU UNTUK MENILAINYA, UNTUK MEREKA YG BUKAN KRISTIAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENONTONNYA…TERIMA KASIH…

Jenazah yang tidak reput adalah satu fenomena yang menentang hukum sains. Jenazah alim-ulamak dari Gereja Kristian Katolik ini tidak mereput secara semulajadi walaupun telah dikebumikan beratus malah ribuan tahun dahulu. seperti mumia yang wujud hingga ke hari ini, kumpulan mummia dari Gereja Katolik ini memang tidak diawet/dirawat tetapi terpelihara secara diluar penjelasan rasional para saintis… bagi orang percaya pada kebesaran Ilahi, fenomena ini adalah satu Mukjizat dari Tuhan bahawa orang-orang benar akan mengalahkan kematian dan membuktikan kebangkitan jasad pada hari penghakiman kelak… Renungilah kehidupan suci mereka semasa hayat di dunia yang penuh dengan teladan dan cintakasih sesama manusia…

Tujuan sebenar pihak Gereja untuk mempamerkan jenazah orang-orang kudus ini adalah untuk memperingatkan kembali umat-umat beriman agar meneladani hidup suci mereka semasa hayat. Gereja menegaskan bahawa, cara hidup mereka adalah teladan hidup seorang Kristian yang sesungguhnya.

Banyak orang berkeras mengatakan bahawa mayat-mayat ini diawet, kerana mereka tidak mahu menerima kenyataan kepada kebenaran. Alasan ini biasanya diberi oleh golongan tidak percaya dan ateist. Sebenarnya Gereja Katolik tidak pernah peduli akan fenomena mayat yang tidak reput ini malah tidak mendedahkannya dan hanya mendiamkan diri. Gereja telah mengalakkan para saintis untuk menkaji fenomena ini dan tiada penjelasan yang disimpulkan hingga ke hari ini.

Jenazah-jenazah ini juga dikaitkan dengan banyak keajaiban luarbiasa. Perkara-perkara ini telah didokumentasikan dengan detail sekali sejak dari zaman pertengahan. Terdapat jenazah yang masih mengalirkan darah setelah meninggal beberapa puluh tahun (St. Yohanes dari Salib), masih panas setelah beberapa minggu meninggal, malah ada jenazah yang dilaporkan berbicara memuji keagungan Tuhan setelah ratusan tahun meninggal(St. Esmeralda Eustacia Calafatto dari Sycily), malah Jenazah ini langsung tidak mengeluarkan bau busuk, tetapi wangi-wangian surgawi yang tidak ditemukan di dunia ini (spt kes St.Seperandia, St. Rita dari Cascia dan banyak lagi).

Banyak Mukjizat penyembuhan pelbagai penyakit juga dilaporkan melalui doa permohonan khas yang dipanjatkan kepada Allah melalui perantaraan orang-orang kudus ini. Pihak Gereja Katolik Hanya akan memberi gelaran orang-orang kudus ini dengan panggilan Saint @ sangti @ St. hanya bila berlakunya mukjizat penyembuhan, sekurang-kurangnya dua peristiwa/kejadian dan disahkan oleh para doktor.

Kata-kata DIAWET akhirnya tidak bermakna lagi apabila kejadian-kejadian di luar penjelasan rasional berlaku. Semua detail-detail yang ditulis diatas ini adalah berpandukan kepada dokumentasi para penulis terkenal zaman ini spt Juan carol Cruz.

36 comments on “Jenazah Yang Tidak Reput Selepas Beratus Tahun

  1. ini adalah dakyah kristian utk cuba memesongkan akidah islam, al-quran adalah kitab terakhir dari langit, oleh itu islam adalah agama yg direstu yg Esa. islam mengiktiraf dan menyanjungi nabi isa a.s atau jesus sebagai salah seorg dari utusan yg Esa tetapi bukan yg terakhir. malah injil yg sebenar ada mencatat kedatangan nabi besar yg terakhir ‘Ahmad’ yakni Muhammad s.a.w. mempercayai jesus sebagai tuhan atau anak tuhan adalah syirik dan menduakan Allah, dosa yg TIDAK akan diampuni yg Esa. konsep ‘trinity’ yg diperkenalkan oleh paderi2 kristian ratusan tahun selepas kewafatan nabi isa a.s. adalah dustaan terbesar yg pernah dilakukan. Wallahua’lam

  2. hak alar..aku x caya langsung..ntah2 org 2 bru jer mati 2 ari lpas..mmg ar x reput lgi..xyah nak wat citer ar..mcm adik aku jer suka wat citer lebat..

  3. kalaulah apa yg ditengok tu benar maka itulah KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH TAALA. amat mudah bagi ALLAH kalau IA KEHENDAKI. ALLAH MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHIU.

  4. al qur. takada rekod sapa penulis yang sah… menurut sumber.. ia di tuli oleh gundik2 nabi muhammad, rakan2 nya.. pastu digabung..
    air zam2.. smasa pg tanah arab, bukan dari telaga tu pun.. air zam2 yang org bagi tu made in arab saudi.. keluar dari kilang2..

    • klo kmu keristiani berkata sepeti itu maka saya harap kmu kunjungi debat islam keristen oleh ustadz waluyo…biar kmu sadar agama yang kmu anut itu agamanya tukang pembohong&pemalas

  5. Cristian is a truly religion. Saya pernah terbaca al-Quran dan membuat penilaian dan saya memilih kristian. tetapi, buat apa nak bergaduh dengan isu agama? ini adalah isu sensitif lagipun setiap agama tak membenarkan umatnya untuk berbuat jahat..saya percaya dengan agama saya dan sepatutnya and percaya dengan agama anda sendiri dan JANGAN sesekali memandang serong dengan agama org lain kerana YESUS tak pernah mengajar umatnya untuk berbuat demikian.Adakah anda ingin memalukan agama sendiri dengan mengejek agama orang lain? anda seperti TIDAK beragama berbuat demikian..

    • klo memang anda merasa agama yang saudara anut itu banar mari kita kupas di acara debat islam keristiani oleh ustad waluyo.disitu kita liat kebenaran agama yang sesungguhnya

    • Oo… Jika tokong cina pun di beri minum arak, baik la tu… Arak tu boleh jadi byk benda jahat akan si mabuk tu buat, mula minum pastu mabuk n nampak wanita rogol n takut org len tahu rahsia dia di bunuh pulak wanita itu.. Itu lah punca mintm arak…

  6. emm.. i’m agree with Salam Damai..
    the main important here, even we’re different religion but all of us must respect each other.. masing-masing ada kepercayaan masing-masing.. so tak perlu nak bertelagah di sini tentang sapa yg betul atau tidak..dan sebenarnya ianya bagus untuk mengetahui tentang rahsia dan cerita-serita yang unik ini utk pengetahuan sahaja. yang penting kita tetap percaya dengan agama pegangan kita..:) so peace ya…:)

  7. tetapi islam tetap yang hak…mayat yang reput tu..dulu pengikut nabi Allah ta’ala musa dan isa alaihisalam..nasrani …yahudi…adalah agama samawi (asal dari langit)…mereka ni pengikut yang pure..tidak terpesong…mungkin mereka menghafal kitab terdahulu injil ,zabur,taurat…mcm islam orang yang menghafal al quran tidak akan reput…mayat para ambiya…semoga semua umat mausia mendapat hidayah dan kasih sayang Allah…

  8. Assalamualaikum, semoga Allah SWT mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita.

    Untuk Abu Bakar saya setuju dengan pandangan saudara dan saya yakin anda mempunyai pengetahuan agama yang baik. Teruskan berdakwah secara berhikmah…semoga Allah memberkati kamu.

    Zee muslim , saya berpendapat kamu boleh menjadi pendamai dan kamu saya kira adalah orang yang mampu berdakwah mengajak kepada kebaikan. Namun letakkanlah ketegasan dan kekuatan di belakang sandaran mu.

    Tunjang (jika kamu seorang muslim) saya kira kita mempunyai seorang muslim yang terlalu gopoh dan mempunyai pengetahuan agama Islam yang cetek. Tindakan kamu telah mencetus reaksi negatif penganut kristian. Justeru saya harap anda dapat berusaha mencari Ilmu yang lebih mendalam lagi dan selalu bacalah kitab-kitab agama semoga kamu mendapat ilmu yang berguna untuk berdakwah. Maafkan saya sekiranya ayat itu melukai hati anda.

    Untuk salam Damai…”Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

    Jika kita pertikaikan kepercayaan di antara kita masing-masing nescaya hingga terjadi peperangan pun kita akan mempertahankan kepercayaan kita. Jadi kita lihat dan rasailah kebenaran kepercayaan kita itu apabila maut menjemput kita kerana selepas itu pastinya akan ada suatu peristiwa besar yang lain…Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua. Ingatlah agama Islam akan runtuh pada akhir zaman (setelah kewafatan Isa a.s dan Al Mahdi) apabila pada ketika itu tiada lagi orang yang berilmu agama…mereka hidup dalam kesesatan…Tidak akan berlaku kiamat selagi ada manusia yang beriman kepada Allah walaupun sebesar zarah….

    En Tunjang, carilah hikmah..Air walaupun lembut dapat meruntuh gunung yang kukuh, bahkan bangunan yang kuat, menghayutkan hatta jambatan yang kukuh dan berat….

    En Tunjang carilah hikmah….carilah hikmah….jangan engkau hancurkan Islam dengan kecetekan emosi dan ilmu….lihatlah dengan mata hati…Allah Yang Maha Agong…Lagi Maha Perkasa….

    • Asalamualaikum Elshameta Saudara Seislam Ku…Semoga Allah Swt merahmati Mu dan diri Ku…benar…benar…benar…benar…benar..benar…benar…apa yg kamu katakan dan Aku akan menjadi saksi Mu dihari Pembalasan nanti…Insyaallah…

  9. SEMUA AGAMA ITU BAIK , KALAULAH ANDA TU ORANG BIJAK , JGNLAH BERDEBET DAN SALING MENJELEKAN AGAMA ORANG LAIN, TU TAK BAIK. PERCAYALAH DENGAN AGAMAMU DAN AKU PERCAYA DENGAN AGAMAKU. SALING MENGHORMATI SESAMA ADALAH AJARAN YANG BAIK.

  10. Dalam islam sudah tdk asing lagi yg seperti itu, banyak ulama ulama bahkan orang biasa yg meninggal puluhan tahun bahkan ratusan tahun jenazah msh tetap utuh, tapi untuk pendeta ini sy tdk yakin karna biasanya misionaris menggunakan berbagai cara utk menggoyang akidah umat islam

    • kalo islam semua betul. agama laen semua tak betul. kalo disebut mukjizat muslim, takde bukti,, takde pape pon smua btol….

  11. hola-hola..
    Janganlah bergaduh.Jadilah diri sendiri.Percayalah pada ugama yang anda anuti sekarang.Janganlah kata aku ni betul engkau salah.Kerana kita masing-masing mempunyai dosa dan kesalahan baik sesama manusia mahupun denga si Maha Pencipta.Sama-samalah kita melihat diri kita,perhatikan apa yang kita perbuat,jangan kita merasa kita selalu saja benar tetapi orang lain langsung tidak ada kebenaranan.Allah Itu Maha Adil..Dia tidak tidur dan tidak pernah mengantuk..Allah Maha Besar..So,berhati-hatilah dengan apa yang saudara-dan saudari sebut kerana jika kamu tahu pada hari penghakiman kelak jangan setiap ucapan yang diucapkan kita akan menjadi satu dosa ! apa maknanya??kata nak tegak kebenaran tetapi kenaran yang nyata hanya Allah Taala yang tahu..jadi kita jangan mengambil tindakkan sendiri yang kita tidak mengetahui dgan menghakimi sesuatu ugama sehingga hilang pertimbangan dan kewarasan!!

  12. saya sokong elshameta spenuhnye…jgn dsebabkan org yg cetek tentang agama mempengaruhi akal fkiran org yg lemah agama,ini membolehkan pecah belah agama sdri.klau x thu btnya jgn malu untk mngetahui kebenarannya.agama itu pnting untk stiap umat mnusia krana agama itu lah yg mnentukan dimna kedudukan kita.jgn ptikaikn kwujudan al-quran yg sememangnya dturun oleh allah sdri brutuskan muhammad (SAW).jgn nk mngelirukn org lain tntang kwujudan kitab suci ini.jga agama sdri jgn huru hara kn agama org lain.tuhan sntiasa mmberikan yg trbaik kpada hmba2nya x kira agama,bngsa dan negra.knpa mesti prtikaikan kwujudan al-quran,jgn hujah klau x thu..we must respect each other…easy right…wassalam…..

  13. assalamualaikum,,,
    bg saya ni semua penipuan yg tleh diorang buat. diorang kanada teknologi canggih,,,, ntah ape yang disuntik kita pun tak tau….
    wallahualam….

  14. Assalamualaikum wbt
    tidak perlu kita pertikaikan agama masing2 kerana dengan berdebat hati kita akan penuh dgn godaan syaitan dan mendorong kita untuk membela agama dan tanpa disedari kita semakin jauh dari landasan dan kaedah dakwah. stp manusia diciptakan akal fikiran. sangat sempurna. terpulang kepada kita sama ada memilih untuk hidup tanpa apa-apa @ memilih untuk mencari kebenaran. duduklah bersendirian perhatikan alam ini, perhatikan peredaran siang malam, bulan matahari,lautan,hujan, kehidupan, kematian… semua ini tidak pernah mampu diciptakan manusia biasa. ada satu kuasa yang maha berkuasa, dan kuasa itu sangat dekat dengan diri kita malah lebih dekat dari urat saraf kita. sampai suatu masa, bila perasaan itu datang kita tidak memerlukan sesiapa melainkan kuasa itu. mohon la dengan sangat2 supaya hidayah itu datang ke dalam diri kita. kerana hanya dengan ikhlas mencari kebenaran, ia akan datang dengan sendirinya. dengan syarat kita terus mencari dengan ikhlas.

  15. apela orang kristian ni… xde cre laen ke nak pesong islam…. bkn ke jenazah kt bwh tanah..cmne dorang leh tau yg mayat 2 x reput..?? sudahla……. sy xdpt trime sume ni…

  16. Jangan menghakimi sesama manusia…kerana Tuhan itu hanyalah 1 …tidak ada yg mustahil di tanganNYA…kurang dr sesaat dia bisa mengubah dunia yg di ciptanya..
    So jgan lah perkara duniawi d perbesar besarkan..ingatlah…DIA yg teragung,tiada satu pun yang terlepas dr pandanganNYA…renung-renungkanlah….salam damai…:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s