KELUHAN HATI ISTERI

Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat Abang,

Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?

Abang,Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhirat disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma…

Abang,Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang,Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakanJanjimu kini hanya tinggal kenangan

Abang,Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan…

Abang,Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali,Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diriLebih baik aku pun mula mencari pengganti

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

2 comments on “KELUHAN HATI ISTERI

  1. sy pernah bermimpi sesuatu perkara yg aneh bgi sy…time tu sy sedang sakit..3hari berturut turut sy terbaring di atas katil..pada saat terakhir sy sakit..sy termimpi ada seorang lelaki bercahaya serba putih..dia berada di sebelah kanan sy..ciri2 org tu dia memakai serban..mempunyai janggut hingga paras dada..lelaki itu berkata kata pada sy tapi..sy tidak ingat apa kata2 nya itu..cuma stu perkataan yg sy ingat,,sebelum sedar dari tidur dia menyebut harikano..sy pun turut sebut perkataan itu..kemudian sy bgun..ketika itu jam suda pukul 2 pagi..mimpi sy ni sudah lama sy alaminya ketika berumur 15 tahun..sy ingin tahu apa maksud mimpi ni..jika ada sesiapa yg tau tentang mimpi ni kongsi pada sy..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s