Mimpi Makan & Makanan

Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat.
Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

Mimpi Pakaian & Perhiasan

Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

Mimpi Melakukan Amal & Ibadah

Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Bayi Berwajah Ular

Rakaman di Hospital Makkah..

Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah…..member office pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007.

Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular.

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah….