Bunian: Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia atau golongan makhluk halus?

Soalan

Saya adalah salah seorang peminat yang sentiasa mengikuti jawapan dan penjelasan Ustaz
dalam ruangan ini. Dalam jawapan terdahulu tentang makhluk halus, Ustaz tidak menyentuh
tentang orang bunian, soalan saya adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk
dalam kategori manusia kerana disebut orang atau ianya termasuk dalam golongan makhluk
halus?

Jawapan

Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak
menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka
saya cuba menjelaskannya.

Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar
dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah di-
filemkan oleh allahayarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk
bunian.

Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan
suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan
bermasyarakat.

Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan
bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul
atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah S.W.T lebih mengetahui.

Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi s.a.w menyebut
bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia,
malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.

Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai ‘aamir atau ummar’ yang tinggal berhampiran
dengan manusia.

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada
seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu
keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.

Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya.
Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar
dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat
itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus,
mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan
peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan
hujah dengan berkata, “Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu
anggota daripaa masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah
musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh
orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya.”

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya.
Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya),

“Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul.”

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan
tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang
yang bernama khurafah.

Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh
disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti
manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin
atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi
suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunian dikaitkan dengan masyarakat
beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji
al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.

Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam
Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran
yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman
(kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.

Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang
didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat
Islam awal di zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud
golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga
wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya.

Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat
manusia?

Waalahu a’lam.

About these ads

29 comments on “Bunian: Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia atau golongan makhluk halus?

  1. assalamualaikum
    ustaz..saya ingin bertanya mengenai alam bunian ini..betulkah kalau manusia ke alam bunian, tidak dapat pulang ke alam nyata? adakah manusia yang terpilih sahaja dapat ke sana?

    nina

    • Harro….Yg paling penting skali Bunian adalah makhluk yg baik. Mereka tak suka pd kekotoran. Mereka suka berdamping dgn org yg mereka minat demi utk menolong secara ikhlas tanpa ada perjanjian. Mereka lebih suka jika org yg mereka damping itu suka menyucikan diri, membaca ayat suci, memakai wangi2an, menjalani hidup yg sihat seperti mengikhlaskan diri, bersikap positif, menjauhkan sikap yg negatif. Mereka tahu apa yg kita fikirkan. Tanpa kita sadari mereka memberitahu kita menerusi mimpi ataupun membisik di dlm hati kecil kita jika sesuatu yg buruk akan berlaku. Mereka tidak suka pd org yg menggunakan ilmu sihir. Mereka juga ada kelebihan utk menghapuskan jin disbbkan oleh sihir. Bomoh juga slalu mencari jalan utk menghapuskan mereka. Slalunya Bunian mengikuti dari datuk nenek moyang kita dan kemudiannya akan turun temurun ke org pilihan mereka sendiri. Mengapa saya berani menulis begini kerana baru2 ini saya mendapat tahu tentang kehadiran seorg Puteri dlm hidup saya menerusi seseorg yg juga mempunyai Bunian sbg “penjaga”. Puteri tlah berada bersama dgn saya setengah dari hayat saya. Akhirnya jawapan2 saya terjawab kerana saya slalu merasakan sesuatu yg ganjil tentang diri saya. Saya rasa amat beruntung skali kerana saya rasa seperi mempunyai seorg adik/kakak kembar yg slalu bersama dgn saya.

      So Tok Bomoh lari kuat2….here i come….

      • Saya sependapat dgn medusa. Kerana mereka adalah sebahagian dari kehidupan saya. Setiap masa kami berhubungan samada melalui telephon, org perantaraan atau pun bisikan hati. Hanya insan yg terpilih shj yg berpeluang utk bersama dunia mereka. Semua apa yg ditulis oleh medusa adalah benar krn saya juga mengalaminya cuma penglibatan saya dgn org bunian ini lebih rapat. Krn hal2 yg tertentu, maka saya dilarang mendedahkan identiti saya…

    • di r4umah saya sering terdengar orang memasak di dapur saat malam,anjing hitam bersuara manusia,sura langkah yang menggetarkan bumi,hilangnya beberapa barang dan kembali saat dicari.apakah rumah saya juga termasuk rumah bunian?pernah membaca zikir Allah banyak dan keluar jenglot dari badan.saat ada yang puasa dan membacakan sholawat nariah terdengar hembusan naga.lalu apa yang harus dilakukan jika rumah kami juga ada buniannya.

    • Jangan percaya,tu sume muslihat syaitan semata-mata.bnyk-bnyklh brdoa agr dihindari daripada sume benda2 khurafat 2 sume.

  2. assalamualaikum ustaz….maaf sy ingin b,tnya tentang mimpi yg penah sy alami br2 ni…mimpinye sy melahirkan anak lelaki…dan sy sgt menghebohkan sehingga memberi nama…sy sgt2 sygkan anak lelaki itu…dan sy b,tnya kpd kwn yg lebih arif dan diberitahu mengenai makhluk halus yg menyukai kita. sy penah menolak pinangan ketika b,umur 18thn atas alasan ingin menyambung pelajaran.kini sy b,umur 25thn dan sudah b,tunang hampir 4bulan…dan sudah ptus tunang. slpas ptus tunang hati sy sgt tenang…sy sering t,gangu ketika m.dgr ayat2 al-quran. sy juga ssh nak khusyuk ketika m,bc surah yasin atau al-quran.kwn serumah sy mengalami keadaan yg sama…dan sudah b,ubat.

  3. Assalamualaikum Ustaz. Saya bermimpi rambut saya dipotong pendek olih lelaki yang tidak saya kenali. saya tidur dalam keadaan berwudu’.
    Apa tafsiran mimpi saya.
    Terima Kasih

    • jgn terlalu cepat nk berprasangka buruk terhadap org apatah lagi ustaz ni menerangkan kisah benar di zaman Nabi SAW. Cuma Ustaz tidak memperincikan lagi kisah Khurafah tu dgn nas2 atau dalil2 tertentu. Terlalu umum kisahnya. Berserahlah kpd Allah SWT kerana dia Maha mengetahui dan pencipta segala2nya. Allahualam

  4. Assalamualaikum, pak ustad saya bermimpi melihat nenek-nenek di samping rumah, ketika saya lempar nenek itu, dia langsung nengok ke saya dan saya lansung seperti berada dia alam lain, entah dimana?
    saat itu saya dalam keadaan sadar tetapi saya seperti di bawa ternbang oleh seseorang, saya ingin teriak minta tolong tetapi seperti tidak bisa berbicara, dan saya berkali-kali membaca ayat kursi, pertama kali saya membaca, yang membawa saya terbang tadinya cepat menjadi perlahan tetapi agak lama dia cepat kembali, apakah saya diganggu oleh makhluk gaib? ketika saya sadar saya langsung ketakutan dan langsung keluar kamar. terimakasih

  5. salam..
    ibu sy selalu pengsan dan ketika pengsan ada makhlus halus akan membaca ayat al-Quran dan memberikan ayat2 pendinding..Dalam masa tidak sedarkan diri, makhlus halus itu memberitahu dia adalah bunian islam dan ingin menjaga mak saya.

  6. saya pernah bermimpi bahawa rumah saya adalah rumah orang lain. mimpi tu sudah berkali2 dan keadaan rumah tu tetap sama.. bezanya rumah dalam mimpi tu adalah rumah usang n kampung..sedangkan rumah saya adalah batu teres. dalam mimpi tu, ada sepasang suami isteri dan dua orang anak perempuan yang sangat comel. pernah berjumpa dengan ustaz dan dia kata rumah saya ada bunian..tapi mereka baik tak kacaw orang.. tapi anak buah saya pernah kawan dengan anak bunian.. telah berubat, tapi dapat sakit asma dan sering sakit… telah meninggal dunia 2007.. rumah tu da lama kosong.. skarang saya datang tinggal kat rumah tu balik. walaupun berada di rumah sendiri, tapi saya rasa seperti itu bukan rumah saya… tapi saya malas pikir banyak,…semua tu takdir…yang penting saya x kacaw mereka..

  7. malam tdi sya mimpi mlihat pokok yang sangat besar sperti pokok ara, sya mlihat ada seorg manusia yg memujanya..tiba2 keluar budak lelaki sperti manusia dari pokok tu lalu menghisap darahku ….. dalam mimpi tu terasa benar2 sakit skali….dada ku terasa kosong seperti tiada deria rasa lgi.. apa maksdnya??

  8. uan saya na tanya… saya ade tertangkap gambar da di belakang saya terdapat seolah2 kelibat seorang perempuan muda dan seorang perempuan tua serta kanak2 kecil… dikatakan perempuan2 tersebut adalah sesuatu yang ingn berkawan dengan saya… benarkah? adekah ia adelah jin? kerana sebelum peristiwa tersebut…saya sering dipnggil dengan nama saya pada waktu mlam… namun tidak diketahui siapa yang memangilnye…da apabila saya saket… akan didengari suara orang menagis pada waktu malam…apa pendapat tuan atau sesiapa yang arif tentang hal ini?

  9. cerita ini hampir sama dengan cerita kakek saya dulu, ketika beliau tinggal di mekkah saat menimba ilmu agama, makanan beliau sering kali dicuri. Suatu saat beliau melihat bahwa pencurinya adalah seekor kucing, maka dipukullah kucing tsb dan mati. Setelah bbrp hari, beliau menginjak tanah dan tanah tsb tiba2 amblas, dan pd saat yg sama beliau sudah berada di suatu pengadilan dengan seekor kucing di depan dan seorang ibu yg ternyata ibu dari kucing tsb yg sedang menangis. Beliau diinterogasi di persidangan tsb, ditanya kenapa membunuh kucing tsb, beliau akhirnya menerangkan bahwa beliau adalah seorang perantau dari jauh dan makanan beliau sering dicuri kucing tsb, dan lagipula keuangan beliau sangat terbatas karena beliau perantau. Akhirnya kakek saya pun dibebaskan kembali ke alam manusia.

  10. nak jumpa org bunian senang je…kat gunung senyum di pahang salah satu kawasan kediaman mereka.sampai disitu beri salam,jaga tingkat laku,walaupun kita tidak nampak mereka tapi mera nampak kita.gunung ledang merupakan kawasan kerajaan terbesar selain gunung jerai.yang baik beragama islam..tp klu sebaliknya adalah agama sebaliknya.

  11. Pingback: Bunian: Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia atau golongan makhluk halus? – krida Club House

  12. saya pernah bmimpi melihat seluruh langit penuh dgn ayat2 al quran d malam nuzul quran..tapi ayat2 quran itu bergerak pantas menuju ke arah pintu langit yg terbuka sedikit semuanya bgerak laju x sempat saya nk mbaca nya cuma saya dpt tgk kalimah ALLAH dan apabila ayat2 masuk k dlm pintu langit itu dia macam bunyi benda yg seperti kaca yg berlaga sama sendiri dan saya masa tu x dapat nk kata apa hanya ketakutan yg amat sgt….apabila saya sedar azan subuh bbunyi…sampai k hari ini saya masih terbayang lgi akan mimpi saya itu..

  13. Assalamualaikum..sy pernah termimpi sekali,masuk dalam alam bunian,mereka seperti kita,tetapi teknologi mereka jauh lebih canggih,ada yang berjalan kaki x cecah bumi,pepohon besar yg tersusun menjadi tempat mereka bermastautin..wAllahu alam..

  14. salam sy ada pertanyaan.. masa sy msih kecil sy slalu terdengar org pggil nma sy dblkg rumah.. jga dengar org bersiul2 mcm memanggil sy..

    klau sy jln dlm hutan krn aktvti skolah mcm bjln mlm, sy akan tnmpk chya llin sr tmpt lain.. dan sy akan ikut lilin tu. nsb bek ada ckgu yg jga, dia smpt triik sy,.. dia ckp npa sy lalu jln len.. sy ckp sy nmpk llin kat situ then cikgu tu mcm rsau.. dia trus berhentikn game tu..

    ada jga klau dlm hutn sy nmpk jln tar terus je.. pdhl bila trus x da jln tar.. cuma ada hutan.. pdgn mta sy nmpk ada jln tar trus.. masa tu kmi dilepas utk jln mlm, sy jln sorg..

    masa umur 10 thun sy ada mimpi sy ada dsbuah kg yg besar, ramai org mcm smbut sesuatu diorg buat pesta, dlm mmpi tu sy khwin dgn sorg budak llki kmi pkai bju serba kuning, ada istana serba kuning…

    masa sy umur 20 thun, mlm tu sy ngis, sbb frust ptus cinta dgn kkasih sy.. sy smpai demam, mlm tu sy bgun dan mndi, pkai bju cntik2 pkai bedak losyen dan mekap lpastu tdo(tabiat ni tejadi bila sy mimpi jumpa lelaki tu)… lpas tu sy bermimpi sy jmpa sorg lelaki dia dah besar tggi, dah dewasa.. hensem.. dia perkenalkn diri dia syafarul.. dia ckp dia slalu tgk sy dr jauh, sy x nmpak dia tp dia nmpak sy.. dia ckp kat sy jgn sedih2.. jgn mengis dekat lelaki tu sbb dia ada.. dia boleh ubat sedih sy..lpastu dlm mmpi tu seolah2 real sy brsiar2 dgn dia.. sy bwk dia lawat kolej sy, kmi mkn nasi di gerai depan kolej sblum dia balik…kmudian sy jga dr mmpi..

    sy jga kerap brmimpi disetubuhi seorg lelaki…

    smlm 24 thun sy jga bermimpi.. masa tu sy mcm diantara sedar dan x sedar.. bila sy tutup mata sy nmpak chaya yg smkin besar dan sy masuk dlm chya tu.. sy dialam lain.sy seakan2 meresap dlm chya tu dan ada di kwsan perkampungan ditpi pntai.. sy lht ada seorg llki mngaku dia suami sy..mereka pkai bju melayu lma.. yg prmpuan mcm baju prmpuan lma dgn selendang.. sy jga brmmpi kmi brsetubuh dlm mmpi tu di dlm sbuah rumah.. kmudia sy sedar.. sy cuba msuk dlm mmpi tu balik dan dapat msuk.. last2 bila sy terjga btul2 sy dah x dpt msuk dlm mmpi tu…

    ada jga yg ckp ada seseorg yg jga sy dr kcik smpai besar…..

    betul ke sy bmmpi ni msuk dlm alam bunian? knp diorg bg sy msuk dlm kg diorg?

  15. saya ingin bertanya….tunang saya ada berkawan dengan puteri bunian..mereka kenal di facebook…kadang2 saya rasa curiga juga…sebab setahu sy bunian x boleh main facebook,watssap atau wechat…tp mcm kes tunang saya….puteri bunian tu kerap berwatssap dengan tunang saya sehingga memanggil pgglan syg,…semakin lama saya semakin risau,adakah itu petanda yg puteri bunian iitu ada perasaan kat tunang saya…saya harap sangat saudara/saudari balas komen ini…saya dah terlalu buntu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s