Jenis – Jenis Sihir Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

by CV Tampang

Sihir di Kalangan Masyarakat Melayu

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )

Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 )
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-

Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.
Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.
Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.

Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )

Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir
Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

  • Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
  • Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
  • Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
  • Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.
  • Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
  • Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
  • Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
  • Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
  • Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
  • Pemujaan Kubur

Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

65 comments on “Jenis – Jenis Sihir Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

  1. salam

    pada minggu lepas, saya telah bermimpi ikan yang saya pelihara tersalah makan.kemudian menjadi besar2 sebesarnya dan akhirnya perutnya pecah dan mati. saya sedih sangat. hari ini, ikan yang saya sayang sangat tu memang mati.apa maksud mimpi saya tu?

    • sesunggahnya,allah maha berkuasa lagi maha penyanyang..mintalah bantuan drpda allah s.w.t dengn seikhlas-ikhlsnya..insyaallah allah akn memberikan petunjuk kepada anda..insyaallah..

  2. salam. salah seorg keluarga sy didapati kena santau. keluar kaca2 halus dari mukanya. skrg masih tidak dpt berubat.

    tahukh cara berubatnya?

    @ tmpt berubat yg blh dpercayai?

  3. Salam..
    saya telah berubat dekat hospital x-ray, dan pakar semenjak 2 tahun lepas..tetapi masih lagi terasa sesak di dada macam sesak nafas dan seolah-olah ada sesuatu pada tengkuk bahagian dalam.perubatan islam dan tradisionak telah saya pergi tetati belum sembuh.

    • Salam.
      saya pun sama. tp di sebelah kanan saja. bhgn dlm tengkuk & dlm dada sebelah kanan rasa sesak sangat lebih2 lagi masa tarik nafas, batuk, bersin, dan menguap.
      walau bagaimanapun, saya harap penyakit saya ni takda kaitan dgn sihir. naudzubillahiminzalik.
      saya dah jumpa doktor, sy diberitahu tekanan darah normal, n jantung normal. doktor cuma ckp yg saya sakit otot. Alhamdulillah.
      tapi sy akan usaha pegi berubat di darus-syifa’. moga2 ikhtiar ni berkesan. insyaAllah.

    • Assalamualaikum. Saya juga pernah mengalami penyakit yang sama. Mulanya sukar untuk bernafas dan apabila pergi ke hospital terus di bedah kerana didapati mengalami penyakit Pneumothorex iaitu paru-paru bocor (tanpa sebab yang munasabah). Selepas keluar dari hospital dan disahkan sihat, penyakit sukar bernafas itu semakin menjadi-jadi, diikuti dengan rasa resah gelisah dan hati yang tidak tenteram. Saya sering dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan seperti ular hitam, orang yang datang mencucuk-cucuk saya dengan alat yang dibuat dari buluh dan kemudian orang itu terbang keluar dari rumah. Kadangkala saya terlihat seperti ada makhluk putih atau berbulu yang memerhatikan saya sewaktu saya sedang sembahyang. Saya juga selalu terhidu bau kemeyan dan rumah terasa panas bagai dalam ketuhar.

      Beberapa orang doktor yang saya jumpa mengatakan saya telah sihat sepenuhnya dari penyakit pertama yang saya alami itu, sehingga la seorang doktor menasihatkan saya pergi mencari cara perubatan alternatif dan juga dia mengesyorkan saya berjumpa dengan pakar psychiatrist. Saya lakukan kedua-duanya. Pakar psychiatrist itu juga mengesyorkan saya menjalani rawatan secara islamik (walaupun beliau seorang doktor berbangsa Cina), disamping rawatan secara saintifik yang beliau lakukan terhadap saya. Memang menarik kerana banyak yang saya pelajari dari doktor ini. Antara lain beliau membuat kajian mimpi saya, kaunselling, yoga untuk mengurangkan stress dan lain-lain. Saya tidak langsung mengambil sebarang ubat kerana saya memilih untuk tidak mengamalakan sebarang jenis ubat (dadah) bagi pemulihan. Dari perubatan secara alternatif (islamik) pula, memang terbukti bahawa penyakit yang saya hadapi itu adalah akibat dari sihir yang telah dihantar oleh seseorang kepada saya..

      Dengan mengamalkan ayat-ayat quran tertentu dan selalu membaca quran dan sembahyang sunat (dimana yang termampu) dalam masa lebih kurang dua tahun, saya telah sihat sepenuhnya dari penyakit itu. Orang yang telah menyebabkan sihir itu juga telah saya ampunkan dan saya doakan agar Allah memberi dia petunjuk ke jalan yang benar. Kadangkala kita terkeliru dengan manusia yang pada zahirnya kelihatan alim dan beriman tetapi sebaliknya ada itu adalah topeng semata-mata.

      Kesimpulannya, walaupun kita pergi berubat dengan sesiapa saja, kita sendiri hendaklah mengamalkan ayat-ayat suci dan ibadah-ibadah ekstra untuk menghidarkan perbuatan sihir itu dari berterusan. Jangan lah kita mengharapkan bahawa bila kita pergi berubat dengan seseorang itu kita akan terus sihat, sebaliknya kita kena lakukan juga sesuatu amalan sendiri setiap hari. Insyaallah, proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.

      • Asslamualaikum…isteri sye jga mengalami masalh yg same…hmpir 2 thun tp allah blom mengizinkn lg kembali sihat…dh pegi berubat mcm2 ustaz jmpe…nk tnye ade xpetua nk merawat sihir…sye bnar2 ingin tahu

        • Assalamualaikum En Saipul.
          Isteri Encik Saipul pun mengalami penyakit yang betul betul sama macam yang saya kena tu ke? Dulu selain dari berubat dengan orang yang pandai dalam bidang ni, saya amalkan baca yasin tiap tiap hampir setiap lepas sembahyang fardu. Kalau kuat bangunlah buat sembahyang tahajud dan sembahyang hajat untuk minta sihir yang dikenakan tu musnah..

          Lagi satu, pakcik yang mengubati saya dulu pesan jangan tidur waktu matahari sedang naik dan waktu lepas asar sebab tu la masa masa aktif perbuatan sihir tu boleh masuk. Selain tu kena banyak bertasbih.. Jauhkan dari mendengar muzik dan apa apa yang boleh menghayalkan pemikiran. Kena banyak berzikir la.. Ada lagi doa doa amalan yang lain yang saya amalkan. Alhamdullilah .. saya dapat sembuh agak cepat jugak..

    • salam. saya juga mengalami perkara yang sama. pada hari raya pertama tahun lepas, saya membuat pembedahan perut. selepas hampir setahun pulih, kemudian saya boleh dikatakan hampir setiap hari pengsan dan mengganggu pembelajaran saya di college, bahkan pada hari final pun saya boleh rebah dalam lift. parents saya bawak pergi jumpa pakar neurologi, and dah scan semua, otak saya takde masalah and pakar tu bagitahu mungkin saya stress sebab belajar. kemudian saya mengikuti kelas yoga dan kaunseling pada hujung minggu bagi mengurangkan stress tapi ternyata saya tetap juga pengsan. lebih teruk, belakang tengkuk saya sgt berat bila bangun pagi, sesak nafas, berat kepala, cepat marah dan saya pernah hilang kawalan and semua tak menyangka saya seorang perempuan mampu tumbuk meja makan dan menggigil kemudian jatuh pengsan. semua tu berlaku ketika waktu maghrib dan keatas. saya pernah melihat kelibat mengelilingi kereta saya. parents saya bawa saya ke pusat perubatan islam kerana keadaan saya makin teruk apabila saya pegang iron yg tengah panas dan melecur di tapak tangan. subhanallah saya tidak sedar apa yg saya lakukan. saya sering termenung dan menangis. selalunya saya akan memeluk kawan baik saya ketika menangis dalam masa tak sampai seminit saya akan rebah. mungkin semangat saya sangat lemah ketika itu. kemudian dgn dorongan dan nasihat daripada kawan dan ahli keluarga, saya bertahan, kuatkan diri dan kurangkan menangis walaupun hari2 sesak nafas dan sakit badan. sepanjang tempoh berubat, ‘benda’ tu seperti marah dan bagi amaran. tayar kereta tiba2 pecah time otw nak pergi berubat then terpaksa postpone, kemudian esok hari pula kereta kawan saya pula terbabas and postpone lagi, sangat sukar nak pergi berubat seperti ada yg menghalang. mungkin itu mainan perasaan saya sahaja. berkat kesabaran dan percaya Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa, saya berjumpa dgn ustaz darus syifa’ dan berubat secara islam dan mengamalkan mendengar surah ruqyah dan bberapa surah yg lain sebelum tidur, pada awalnya badan saya berpeluh dan jntung saya berdenyut laju, sesak nafas, namun lama-kelamaan akan berkurang dgn sendiri. alhamdulillah saya semakin pulih, dan tak pengsan lagi. orang disekeliling saya juga dah tak jatuh sakit. tapi sejak kebelakangan ini, saya mendapat mimpi yg berterusan mengenai sesuatu yg hitam dan tidak elok, saya bermimpi dibawa melihat taman bunga yg hitam dgn seorang lelaki dan saya tak pasti siapakah lelaki itu. sebelum itu saya ada bermimpi kawan college saya selamatkan saya daripada benda hitam dan saya pelik kenapa kawan college langsung tak bercakap dgn saya ketika itu. saya sering dibayangi mimpi yang buruk berlaku kepada saya dan keluarga, namun saya tidak pasti apa sebenarnya maksud mimpi2 tersebut dan benar2 ingin tahu. mungkin ada yg mengetahui dan berbesar hati utk berkongsi mngenai maksud mimpi tersebut.

  4. pagi tadi saya terjumpa 1 ekor ikan haruan di halaman rumah.. waktu pagi tak hujan malah tiada longkang pun di halaman rumah .. saya terus ambik masukkan kedalam baldi dan ikan itu hidup. ader kaitan ka tentang sihir yg ditujukan pada keluarga saya.

  5. Salam,

    Saya bermimpi bahwa saya sedang dimandikan dengan air darah anak ayam oleh seorang nenek. Saya kenal nenek itu. Dia nenek sedara saya. Namun, saya tidak fikir nenek saya ada kene mengena dlm mimpi ini. Mungkin, ia hanya menyerupai nenek sedara saya.

    Tolomg beritahu saya apa erti/makna mimpi ngeri saya itu..

    Terima kasih.

    Eyeda.

  6. minggu lalu sya bermimpi nmpk bnyak ular tedung..
    dan salah 1 ular tersebut mematuk sya..tp sya da kawin so pa maknaya tu cuba tafsirkan saja nk tau je..

        • saka memang ade cuma nak tau lebih details bile sendiri kena sebab benda2 mcm ini selagi org itu sendiri tidak terkena atau melihat dengan mata sendiri memang cakap penipu atau buat2 … wayang semata mata

    • Wait !!! Mimpi awak ne langsung xda kaitan dgn sihir/jin/saka. Tu mksudnya awak akan mperolehi kebahagian dlm rumah tangga ! ~.~
      Allahuallam ~

  7. hmmmm siapa yg mengamalkannya itu bermakna dia menyekutukan allah… subhanallah….
    insaf lah wahai manusia…tanda2 qiamat makin hampir.. maka selalulah kita beramal dan bertaqwa agar mendapat bekalan untuk hari akhirat kelak…

  8. pak bos, saya mau tanya tafsir mimpi yg baru kita alamin sama2 dan waktu yg sama, sementara kita tinggal beda rumah.
    saya, pacar saya, dan teman saya.
    Pacar saya bermimpi,seperti di gigit hewan,tidak jelas hewan apa.
    teman saya bermimpi melihat kaljengking keluar dari koper,
    saya sendiri bermimpi kalau pacar saya tiba2 sakit parah, tidak jelas sakit apa, yg pasti hal yg tidak mengenakkan.
    Historinya, pada malam itu kita kerumah saudaranya temen saya di cibubur, saudaranya tersebut share banyak tentang pengalaman hidup yang di jabarkan melalui cerita-cerita trik berbisnis,cara bersikap,atau semua hal2 yg baik yg dya ceritakan, Status ekonominya bisa di kata Midle-up lah.
    Jadi Aura yg dya timbulkan itu seperti tidak wajar pda malam itu bila di bandingkan dengan sugesti negatif tentang dya dari teman saya
    Terimakasih,

  9. salam, saya mimpi banaykular kecil, dan kemudian hari lain pula saya mimpi ada orang hantar ular ke bilik saya, dan ada ahli sihir yang masuk rumah(hostel) saya. kemudian, ular itu merayap dalam bilik(hostel) dibuang ke luar,kemudian makcik kat bawah cakap ular itu daripada sihir. adakah ianya mainan tidur sahaja? tetapi lepas daripada itu, mood saya sgt teruk sehingga saya rasa nak bunuh diri. sila balas ke email saya mieysagie@yahoo.com terima kasih.

  10. hai. kawan saya telah bermimpi kami bertiga (permpuan) bersama seorang lg kwn berada dlm keretanya, kawan yg bermimpi duduk di tempat duduk belakng, sy duduk di sblh pemandu dan kwn yg sorg lagi bw kereta.. tiba-tiba ada seekor ular duduk atas riba sy… ape mknenya…???

    Selang beberapa bulan iaitu mgu lepas kwn saya mendapat mimpi lagi selama 3 hr berturut2. (kwn sy tu tido slps smbyg dan mengaji)…di mimpi kami berdua berjalan ke hutan (mlm)..tiba2 terjumpa satu kuil (xpastibudha/hindu) ada seorg tua sdg duduk tp seolah2 mcm mati dan disebelahnya ada seorg budk yg belakng badannya terbakar telh merasuk saya dan kawan sy cuba membacakan surah kursi tp bacaannya seolh2 mcm org kene strok.. selesai dia bace dia tersedar dr tidur…

    Runsing gak… ada kitan tak dgn sy..

  11. i am non-muslim… and i had a dream about a words/ sentence (im not sure) in Jawi are floating/come down from the sky… the words come down with the sun light shone on it…it was early in the morning in my dream… i don’t want to make any assumption but what you guys think about my dream? what does it mean and what does it want to tell me?

  12. salam,,,sy ade mimpi tentang penanggal,,dah 3 mlm berturut2 sy mimpi yg sme,, tp kali niy sy mimpi yg pling ngeri,sy mimpi sy ptong leher sy sndri,, bole x bg thu ape sbb nyew sy mimpi mcm tu????

  13. saya dulu xpcye dgn sihir nie tp skrg bru sy pcye sb die sdah berlaku dlm dri sy skrg ini semua sb ade org cemburu melihat kebhagaian sy besame pasangan……dan semuanye akn bermuke dri perut……jika sy bhubgn dgn pasangan sy perut sy akn berases kit sgt tp bile sy tak bhubgn sy akn baik2 saja……..badan lemah dan selalu pitam dan bende itu mnyuruh sy mninggal kn pasangan sy dgn alasan sy tak kan bahagia..perlukah sy percaye?

  14. salam…sy pernah bermimipi menyusukan anak..memg kjerap kali..malah pelbagai mimpi aneh pernah sy alami..malah sy pernah bermimpi terbang d awan..sy sendri keliru dgan apa yg trjadi..

  15. saya pernah bermimpi ular sangat besar mengejar kemana sahaja saya pergi.dan baru2 ni saya bermimpi di kejar anjing dan apabila anjing berkenaan mengigit saya, saya melihat anjing berkenaan menyerupai babi pula..apakah maksud mimpi saya ini?

    • Awak , kalau ada lelaki nak kat awak,awak tak perlu nak keliru banyak sangat yaa ! Tak yah fikir banyak ! 🙂

  16. saya pernah mimpi didatangi langsuir yang hendak mengganggu saya tetapi saya dilindungi oleh dua orang lelaki yang memakai songkok dan memegang al-quran . sebelum saya mimpi tu, saya mimpi ada orang yang hendak sihir mak saya. dalam mimpi tu dia tanam dekat belakang rumah saya satu benda yang ada gambar mak saya. adakah ini petunjuk yang sesuatu buruk akan jadi dekat keluarga saya?

    • Syukurla awak.. sihir org tu tak jadi kat family awak. Sbb sy rasa family awak taat pd perintah Allah swt. 🙂 lg satu jgn suka sangat buka tingkap kat bilik . Kalau da nak dekat maghrib tu,tutupla.. takut angin yg tak baik singgah kat awak. 🙂 Allahuallam ~

  17. bg yg blum thu jwpn mimpinya itu…cra yg terbaik dgn berdoa kpd Allah swt agar kte mndpt perlindungan dri-Nya…jgn terlalu takut dn yakin terhadap mimpi trsebut sbliknya yakinlh pda yg maha kuasa…

  18. diingatkan kpd pemimpi-pemimpi yg menakutkan supaya mengisyaratkan meludah sebelah kiri selepas sedar dari mimpi dan tidur sambil istighfar dan berselawat kpd nabi saw…

  19. salam.isteri saya membenci saya.dia sekarang dalam proses fasakh.dia merayu2 agar saya lepaskan dia.saya minta dia solat istikharah dalam membantu membuat keputusan.baru2 ni dia bermimpi saya duduk di atas satu busut dan agak jauh.dia nampak saya keadaan serius.dia tanya saya dalam hati..”kenapa abang?”…tapi saya cuma menundukkan kepala dan tidak bercakap apa2.apakah maksud mimpi isteri saya itu?mohon tuan bantu

  20. bila TERbaca ‘Hei anakku si hantu raya’ tetiba ja rasa semacam . hehe . saya salah seorang mangsa ganguan makluk halus. saya pernah bermimpi bersetubuh dngn seseorg. dan yg terbaru sy bermimpi kena rasuk. alhamdulillah selama saya kena ganguan ni tak pernah kena rasuk atau tak sedarkan diri. cuma atas ganguan biasa . kekadang saya boleh nampak atau merasakan sesuatu . saya pernah dijaga oleh panglima . tapi saya belum pasti kebenarannya. saya boleh berkomunikasi dan mengubat org terkena sihir secara tidak sengaja. pernah sekali di class rakan saya histreria sy berbicara dan berjaya menyuruhnya tinggalkan jasad rakan saya . alhamdulillah

  21. salam, saya ada masalah tentang kehidupan saya seharian iaitu ada mahluk yang berkata-kata dengan saya. Saya tidak tahu apa yang makluk itu tidak puas hati., apa yang dia takutkan, apa yang dia tidak terima,, bila saya berjalan dan lagi jauh lagi mahluk itu tidak boleh terima lumrah. saya akan cuba nak hilangkan saka ini, ,

  22. Haram jadah Melayu atau keturunan Yahudi di laknat ALLOH SWT sebab yg bermain sihir dan menyekutukan-Nya ialah darah2x Yahudi yg hari ini menggelarkan bangsa melayu@orang lari (jawa) @ bani TAMIN….

  23. Pingback: [Info] Jenis-Jenis Sihir Di Dalam Masyarakat Melayu Yang Wajib Diketahui – KopiOais.Com

  24. Saya mimpi bjlan di atas lumpur/tanah becak yg sangat kotor dn diserang oleh ular 2 hitam Dan 2 lg warna putih tp x bergerak. Setiap satu ular tu ade wanita yg empunya. Saya selalu mimpi bjalan di tanah hitam becak/lumpur yg ktor. Mimpi dipaksa mkn sesuatu dn menghidu ASAP jampi oleh seorng nenek. Ade seorang wanita menyuruh nenek tu.sllu mimpi mkn benda yg kotor. Mimpi ade mkhluk bertanduk cuba masuk kedlm rumh.yg pelik stiapkali saya pindah rumh baru mesti mimpi makhluk tu.Smua bmula dr 4thun lepas. Slepas bkhawin. Saya kdg2 pandng suami saya dgn perasaan mrh dn benci yg berapi2.Bila saya gaduh ngn suami smpi sbulan x btegur sapa atau cadang nk bpisah,dlm keadan ttekan sedih terluka sakit ati smua mimpi mcm tu langsung hilng. Bila kita mula bbaik smula. Semua mimpi dn perasaan benci tu dtg balik. Saya tak tahan dn x sanggup mcm ni.

  25. Saya baru sahaja berubat setelah mengalami gangguan2 seperti semua yg diceritakan kalian, pernah bermimpi dikerumuni ular, ditikam dgn benda yg tdk jelas, setiap malam tidur meracau, tidur serinb mimpi yang tdk baik, ular mematuk dgn acap, nampak hantu di dalam mimpi, dipejabat sering ternampak kelibat atau asap melintas, dan banyak lagi. Sy juga sering jatuh sakit, demam, letih2, lesu, dan telah dibedah kerana doktor kata sy ada masalah dibahagian perut, tetapi setelah dibedah doktor kata perut sy baik2 saja. Setelah hampir 3 tahun begitu, sy cuba cari pelbagai cara.

    Beberapa minggu lalu kakak sy memperkenalkan dgn seorg makcik di kelantan. Dia dikatakan blh membantu merawat penyakit2 halus. Sy sanggup ke kelantan dan berhabis ratusan ringgit dr tmpt sy dgn menaiki kapal terbang. Hari sama sy smpi terus berubat. Makcik tersebut katakan pd sy bahawa penyakit sy parah, sihir telah memakan diri sy secara perlahan. Dalam badan sy ada mcm2, semua benda pengahntar masukkan seperti keris, perigi, rangka tgan manusia, daun kering, kain yg telah buruk, padi di dada, ular hidup, paku, pokok kelapa, hantu raya dan macam2 lagi. Semua ini mmg tidak akan dpt diterima akal yg waras! Sy yg mengalaminya juga tidak dpt menerimanya. Tetapi saat mengeluarkan semua benda ini sy yg menanggung seksa. Oleh kerana brg2 yg dikeluarkan secara batin, dan makcik tersebut memberitahu bhwa sy perlu dikenakan bayaran dam atas setiap 1 brg.

    Jujur sy katakan, byk sy perlu byr pd makcik tu, tp dia hanya membantu sy, Allah yg menyembuhkan. Dia perlu berzikir byk dan berjuta2 kali zikir utk setiap brg, jd dia gantikan dgn duit utk upah pd org lain utk zikir2 tu. Sy kena hampir 2k utk 6 hari siap mandi bunga dan pelepas. Mandi bunga sebagai memulihkan diri dan menyegarkan kembali tubuh dgn haruman limau dan bunga. Makcik tu duduk di kwsn chabang 4 kelantan. Kalau nk jumpa dia kena byk doa pd Allah sbb bkn senang nk jd blh jumpa. Semoga Allah temukan kalian dgn beliau jika itu yg terbaik buat kalian. Aminn

Leave a reply to ecah Cancel reply