Jenis – Jenis Sihir Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

by CV Tampang

Sihir di Kalangan Masyarakat Melayu

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )

Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 )
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-

Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.
Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.
Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.

Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )

Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir
Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

  • Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
  • Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
  • Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
  • Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.
  • Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
  • Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
  • Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
  • Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
  • Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
  • Pemujaan Kubur

Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

32 Responses

  1. salam

    pada minggu lepas, saya telah bermimpi ikan yang saya pelihara tersalah makan.kemudian menjadi besar2 sebesarnya dan akhirnya perutnya pecah dan mati. saya sedih sangat. hari ini, ikan yang saya sayang sangat tu memang mati.apa maksud mimpi saya tu?

  2. sesungghnya sihir di larang dalam agama islam

  3. salam. salah seorg keluarga sy didapati kena santau. keluar kaca2 halus dari mukanya. skrg masih tidak dpt berubat.

    tahukh cara berubatnya?

    @ tmpt berubat yg blh dpercayai?

  4. Salam..
    saya telah berubat dekat hospital x-ray, dan pakar semenjak 2 tahun lepas..tetapi masih lagi terasa sesak di dada macam sesak nafas dan seolah-olah ada sesuatu pada tengkuk bahagian dalam.perubatan islam dan tradisionak telah saya pergi tetati belum sembuh.

    • Salam.
      saya pun sama. tp di sebelah kanan saja. bhgn dlm tengkuk & dlm dada sebelah kanan rasa sesak sangat lebih2 lagi masa tarik nafas, batuk, bersin, dan menguap.
      walau bagaimanapun, saya harap penyakit saya ni takda kaitan dgn sihir. naudzubillahiminzalik.
      saya dah jumpa doktor, sy diberitahu tekanan darah normal, n jantung normal. doktor cuma ckp yg saya sakit otot. Alhamdulillah.
      tapi sy akan usaha pegi berubat di darus-syifa’. moga2 ikhtiar ni berkesan. insyaAllah.

  5. knaper yer kalau mimpi ditikam…ader kaitan dengan sihir ker..?

  6. bermimpi kaca dri kemaluaan apa kah tafsiran mimpi ini,,,,,,sepihan2 kaca,

  7. pagi tadi saya terjumpa 1 ekor ikan haruan di halaman rumah.. waktu pagi tak hujan malah tiada longkang pun di halaman rumah .. saya terus ambik masukkan kedalam baldi dan ikan itu hidup. ader kaitan ka tentang sihir yg ditujukan pada keluarga saya.

  8. Salam,

    Saya bermimpi bahwa saya sedang dimandikan dengan air darah anak ayam oleh seorang nenek. Saya kenal nenek itu. Dia nenek sedara saya. Namun, saya tidak fikir nenek saya ada kene mengena dlm mimpi ini. Mungkin, ia hanya menyerupai nenek sedara saya.

    Tolomg beritahu saya apa erti/makna mimpi ngeri saya itu..

    Terima kasih.

    Eyeda.

  9. minggu lalu sya bermimpi nmpk bnyak ular tedung..
    dan salah 1 ular tersebut mematuk sya..tp sya da kawin so pa maknaya tu cuba tafsirkan saja nk tau je..

  10. salam…pendapat sy kn..lebih baik xpyh tnjok bcaan mantera tu..seolah2 mengajk rmai org…

  11. hmmmm siapa yg mengamalkannya itu bermakna dia menyekutukan allah… subhanallah….
    insaf lah wahai manusia…tanda2 qiamat makin hampir.. maka selalulah kita beramal dan bertaqwa agar mendapat bekalan untuk hari akhirat kelak…

  12. salam..saya bermimpi termasuk di dalam lubang najis..apakah?maksud mimpi tersebut..

  13. saya remaja berusia 17 tahu dan bakal menduduki spm 2011. saya telah dshir gila

  14. pak bos, saya mau tanya tafsir mimpi yg baru kita alamin sama2 dan waktu yg sama, sementara kita tinggal beda rumah.
    saya, pacar saya, dan teman saya.
    Pacar saya bermimpi,seperti di gigit hewan,tidak jelas hewan apa.
    teman saya bermimpi melihat kaljengking keluar dari koper,
    saya sendiri bermimpi kalau pacar saya tiba2 sakit parah, tidak jelas sakit apa, yg pasti hal yg tidak mengenakkan.
    Historinya, pada malam itu kita kerumah saudaranya temen saya di cibubur, saudaranya tersebut share banyak tentang pengalaman hidup yang di jabarkan melalui cerita-cerita trik berbisnis,cara bersikap,atau semua hal2 yg baik yg dya ceritakan, Status ekonominya bisa di kata Midle-up lah.
    Jadi Aura yg dya timbulkan itu seperti tidak wajar pda malam itu bila di bandingkan dengan sugesti negatif tentang dya dari teman saya
    Terimakasih,

  15. salam, saya mimpi banaykular kecil, dan kemudian hari lain pula saya mimpi ada orang hantar ular ke bilik saya, dan ada ahli sihir yang masuk rumah(hostel) saya. kemudian, ular itu merayap dalam bilik(hostel) dibuang ke luar,kemudian makcik kat bawah cakap ular itu daripada sihir. adakah ianya mainan tidur sahaja? tetapi lepas daripada itu, mood saya sgt teruk sehingga saya rasa nak bunuh diri. sila balas ke email saya mieysagie@yahoo.com terima kasih.

  16. hai. kawan saya telah bermimpi kami bertiga (permpuan) bersama seorang lg kwn berada dlm keretanya, kawan yg bermimpi duduk di tempat duduk belakng, sy duduk di sblh pemandu dan kwn yg sorg lagi bw kereta.. tiba-tiba ada seekor ular duduk atas riba sy… ape mknenya…???

    Selang beberapa bulan iaitu mgu lepas kwn saya mendapat mimpi lagi selama 3 hr berturut2. (kwn sy tu tido slps smbyg dan mengaji)…di mimpi kami berdua berjalan ke hutan (mlm)..tiba2 terjumpa satu kuil (xpastibudha/hindu) ada seorg tua sdg duduk tp seolah2 mcm mati dan disebelahnya ada seorg budk yg belakng badannya terbakar telh merasuk saya dan kawan sy cuba membacakan surah kursi tp bacaannya seolh2 mcm org kene strok.. selesai dia bace dia tersedar dr tidur…

    Runsing gak… ada kitan tak dgn sy..

  17. i am non-muslim… and i had a dream about a words/ sentence (im not sure) in Jawi are floating/come down from the sky… the words come down with the sun light shone on it…it was early in the morning in my dream… i don’t want to make any assumption but what you guys think about my dream? what does it mean and what does it want to tell me?

  18. salam,,,sy ade mimpi tentang penanggal,,dah 3 mlm berturut2 sy mimpi yg sme,, tp kali niy sy mimpi yg pling ngeri,sy mimpi sy ptong leher sy sndri,, bole x bg thu ape sbb nyew sy mimpi mcm tu????

  19. mimpi didtg oleh 2 org.1 org pakai baju putih mcm jubah& 1 org lagi pakai baju kuning mcm jubah..

  20. saya dulu xpcye dgn sihir nie tp skrg bru sy pcye sb die sdah berlaku dlm dri sy skrg ini semua sb ade org cemburu melihat kebhagaian sy besame pasangan……dan semuanye akn bermuke dri perut……jika sy bhubgn dgn pasangan sy perut sy akn berases kit sgt tp bile sy tak bhubgn sy akn baik2 saja……..badan lemah dan selalu pitam dan bende itu mnyuruh sy mninggal kn pasangan sy dgn alasan sy tak kan bahagia..perlukah sy percaye?

  21. kawan wanita saya remaja, bermimpi budak budak, ada kala nya ia meyusukan apa erti nya ustad?

  22. request to share…..

  23. salam…sy pernah bermimipi menyusukan anak..memg kjerap kali..malah pelbagai mimpi aneh pernah sy alami..malah sy pernah bermimpi terbang d awan..sy sendri keliru dgan apa yg trjadi..

  24. saya pernah bermimpi ular sangat besar mengejar kemana sahaja saya pergi.dan baru2 ni saya bermimpi di kejar anjing dan apabila anjing berkenaan mengigit saya, saya melihat anjing berkenaan menyerupai babi pula..apakah maksud mimpi saya ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 673 other followers