Mimpi Melakukan Amal & Ibadah

Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

About these ads

18 comments on “Mimpi Melakukan Amal & Ibadah

  1. saya bermimpi saya menagmbil wudhu disebuah masjid..masa wudhu saya lama sgt.. lepas tu saya ambil telekung dan berjalan ke dalam masjid. saya berselisih dgn beberapa orgg perempuan.. tapi muka mereka kabur..
    lepas tu saya tgk semua bertelekung dan tinggi dengn bentuk leher yang jinjang walaupun masih bertelekung.semua mengadap kedepan. saya tak nmpak muka mereka. saya cuma setinggi bahu mereka sedangkan saya ni 160 cm tingginya.. semua bertelekung tu sama tinggi dan size.sebabkan saya terlambat, solat dah masuk rakaat ke 2, saya pula dlm mimpi tu tk tahu nak jemaah pd rakaat ke 2, terus saya berdiri disebelah seseorang yang sedang solat tu dan sembahyang sendiri. 3 rakaat.sampai bg salam.lepas tu habis… oh ya …masjid tu cantik dan tingig sgt, berwarna putih ke kelabuan..cantik…! lantainya hijau muda kekuningan..apa maknanya mimpi saya ni??

  2. 1.saya telah bermimpi solat insya’.. dan pada rakaat terakhir dan semasa membaca tah’yat akhir saya tersadar dari tidor lalu saya menghabiskan juga bacaan tu… apa makna mimpi saya…

    2.saya juga selalu mimpi dihempit oleh mahluk halus dan menyukarkan saya untuk bergerak dan bercakap apa2, akan tetapi pada akhir mimpi itu saya berjaya membaca ayat Qursi dan kadang2 saya azan sehingga saya sedar dari tidor.. knp saya selalu mmpi begini.. sedangkan saya mengamalkan adab2 sewaktu sebelum tido seperti basuh kaki atau mengambil wudu, tido menghadap qiblat, mambaca doa tido,ayat qursi, ayat 3 kul, selawat, istigfar dan mengucap dua kalimah sahada..

  3. salam..

    suami saya bermimpi dia pergi ke masjid untuk bersolat lepas tu dia serahkan 2 buah van jenazah pada masjid itu. mimpi terjadi 2 3 hari lepas sekitar pukul 3-5 pagi.. apakah makna mimpi tersebut. adakah hny mainan tau petanda.?

    sekian. TQ.

  4. Saya bermimpi menziarahi mekah bersama seorang kawan perempuan. Dalam mimpi itu saya dan kawan saya seperti tersedar yang kami telah berada di kawasan ka’abah dan tersangat gembira untuk menunaikan solat. Semasa kami hendak menunaikan solat, saya tidak nampak ka’abah yang sepatutnye berada di hadapan kami. konsentrasi saya terganggu dan tidak dapat membuat solat dengan betul. Saya terasa sedih kerana tidak dapat menunaikan solat dengan betul.

    Saya terjaga dan sangat susah hati. Insyallah dapat ditafsirkan mimpi saya ini.

    terima kasih.

  5. saya bermimpi menunaikan solat jumaat di masjid sebuah kampung tetapi dilarang oleh orang-orang kampung tersebut sehingga saya dipukul tapi saya tetap berdegil untuk menunaikan solat disitu hingga mereka pukul saya hingga cedera parah tapi saya tetap ingin menunaikan solat juga hingga saya dilanggar motor dan mimpi saya pun tamat apa maksudnya??

  6. Semalam aku telah bermimpi yang mana aku ketika itu berpakaian baju melabuhi semua aurat ku dan berada tempat yang serupa dengan masjid yang cukup cantik atau tidak salah saya, saya merasainya tempat itu sama dengan Syurga Al-jannah. Suasana nya pun cukup menyenangkan hati dan merasa kan hatiku ini dengan setenang-tenangnya , sama seperti rasa kita medengar Qari-Qariah membaca Alquran dengan suara mereka yang lantang dan merdu itu. rasa itu sama dengan rasaku ketika aku mengalami mimpi ini.

    Suasananya ketika itu bagaikan aku berada di atas langit yang mana aku dapat merasakan awan-awan yang lembut. tetapi aku hanya berada di hadapan masjid yang mana di situ ada juga banyak awan-awan yang lebat dan yang merupai kapas yang tebal dan aku merasainya tidak hangat dan malah menyejukkan tubuh badanku.

    aku merasainya tenang sekali, sehingga aku pun menikmatinya dan aku pun duduk di hadapan masjid yang mana di situ ada tangga-tangga kecil,lama kemudian aku terlihat seseorang pemuda lelaki jubah putih berwajah cukup kacak sekali tetapi dia tidak menunjuk-nunjukan wajahnya itu, dan dia pun ikut serta duduk dihadapanku.

    sehingga hatiku ini merasa terkejut dan malu kerana ianya bukan muhrimku, bukan dari darah dagingku.Diserlahkannya tangannya kepadaku dan aku hairan kenapa dia terus-menurus dengan perbuatan nya itu. aku hanya menentangnya dengan secara bimbang dan malah dia masih menyerlahkan tangannya menujuku.

    sifat sabarku pun hilang dan nafsu menghasutku untuk meletakkan dua tapak tangan ku kepadanya tetapi nasib baik pakaian ku ketika itu menutupi semua auratku termasuklah dua tapak tanganku. digenggamnya dua tangan ku, dan pemuda itu bermula melafaz kan surah alFatihah dengan suaranya yang sangat merdu.

    . aku mendengarnya baik-baik tetapi aku hairan dengan perbuatannya itu yang tidak seseorang pun pernah membuatnya kepada ku. inilah kali pertama yang terlaku di mimpi ku yang mana aku sungguh tidak mengenali pemuda yang kacak itu. siapakah pemuda yang berjubah putih berseri itu? dan kenapa aku bermimpi tentang mimpi ini, adakah ini hikmah ? apa tanda-tandanya ini ada bermakna kepadaku? hatiku tertanya-tanya. dan aku pun terbangun dari tidur ku itu

  7. Salam…

    Saya bermimpi…menunaikan solat..tp, dlm keadaan berbaring…
    Melihat keadaan itu, trus sy bangun menunaikan solat subuh.
    Apakah ada tanda2 di sebalik mimpi ini?

  8. saya bermimpi melihat masjid yang tersergam indah berwarna putih tinggi dan berkubah putih besar…perjalanan ke masjid itu terpaksa merentasi titi selebar 1meter dibawahnya air terjun atau jeram yg tingi…apakah petanda kepada mimpi saya itu menurut Islam?

  9. Assalammualaikum….saya bermimpi tengah bersolat di masjid tempat saya selalu bersolat. Sedang saya bersolat pada tahyat akhir ada sorang disebelah saya yang penuh sinar cahaya telah menempuk saya dan menunjukkan kearah kanan. orang yang menunjukkan itu saya tak nampak kerana beradadi sebelah saya. Apabila saya bangun azan subuh pun berkuman ndang….apakah agaknya tafsiran mimpi saya itu? Wassalam

  10. saya selalu bermimpi lelaki berjubah putih, berserban. kadang2 mengintai dari surau, jumpa dihutan yg terang. mimpi ular putih membelit dan berlalu pergi setelah saya membaca 3 Qul. dan macam2 mimp imembaca surah2 Al-Quran sampai terjaga. dan terakhir mimpi membaca doa dikuburan dan ada seorang lelaki berserban dan berjubah putih bertanya,.”d kubur baca apa”? saya jawab baca 3Qul, surah sajjadah dan al-mulk dan terus membaca hingga tersedar. apakah maksudnya?,, kerana ini kerap terjadi pada saya

  11. Salam,,

    1) Kawan baik saya mimpi saya sedang menunaikan solat dlam keadaan sempurna tetapi peliknye sejadah saye terbalik.. Dia bermimpi pada pukol 3pagi… saya amat keliru dengan mimpi tersebut.

    2) Seorang rakan setugas pula beritahu sewaktu beliau hendak tidur (dalam keadaan lali) tiba2 dia nampak 5 wajah saya didalam satu bulatan yang berputar datang kepadanya… 2 malam turut turut dia nampak kejadian yang sama. Kejadian berlaku pada kira kita pukol 1 pagi…

    Ustaz, apakah makna atau alamat kejadian kejadian tersebut..

    Terima kasih.. wassalam..

  12. salam..mlm td sy t’mimpi yg sy menerima senaskah Al-Quran dr seorg lelaki yg x dpt dknali sbb samar2 namun saat sy mgmbl Al-Quran t’sbt dy t’snym apa maksud mimpi tue???

  13. salsm,,,,jika mimpi sedang mengepel masjid lalu solat tp ketika saya solat blm selesai saya ingat saya sedang menstruasi dan solat itu ahirnya tdk saya teruskan kira2itu apa artinya ya?/

  14. saya mimpi di sebuah masjid, saya mengambil air wudhu lalu melakukan sholat berjamaah, padahal saya tahu kalau masjid itu belum selesai pembangunanya dan ada orang – orang lain juga yg melakukan ibadah di masjid itu. lantainya masih ada pasir dan debu tapi tetap di gunakan. tolong jelaskan

  15. pada bulan puasa ini tunang sayabermimpi sedang solat sambil meletakkan serban dibahu..lalu serban itu terbang sampai kerumah..diavberkejar mendapatkan semula serban nya dan terus kembali kemasjid solat semula..-( dia tidur dalam keadaan berwuduk)

  16. Assalam..semalam sy bermimpi menunaikan solat di atas bukit.keadaan pada masa itu seakan-akan berlaku gempa(gegaran).sy memandang ke langit,langit nampak menyeramkan.seakan-akan berlaku letupan.

  17. 1.ada orang potong rambut saya…sampai 2,3kali..dan saya perasan rambut saya sebelah kanan mulai licin macam orang keguguran rambut. Ape mkna nya ya.

    2.nenek telah memanggil saya dan,dia kata ‘nenek saya tekah meninggal dunia’……,padahal sebentar tadi die yang bercakap dengan saya yang dia telah tiada…

    3.adik lelaki baru pulang dari haji…tapi memakai telekung wanita..sambil disisi seorang kanak-kanak lelaki berusia 4@5 tahun.muka kanak-kanak tak jelas samaada lelaki @perempuan

    mohon sangat2 jwp ya.sangat2 keliru asyik memikirkan. ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s