Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

Mimpi sedang melihat keindahan alam.
Alamat anda harus segera mengganti cara keras atau usaha jikalau ingin akan
kepuasan.

Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.

Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.

Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.

Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.

Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.

Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung

Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan.

Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan.

Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

13 Responses

  1. saya bermimpi diberi 7 jenis bunga yg berlainan dan kesemuanya mempunyai bau yg wangi

    apakah maksudnya?

  2. seingat saya masa tu saya pegang bunga tu satu persatu dan saya cium..hairan kerana kenapa mesti tujuh jenis?

  3. kelihatan seolah anda mungkin akan diberikan sesuatu yg luar biasa yg tiada pada manusia biasa yang lain…

  4. saya selalu bermimpi mengutip cengkeram yg putih bersih dan cantik2 dari pelbagai saiz.disamping itu saya jugak mengutip batu2 yg cantik2 yg terdiri dari pelbagai bentuk dah saiz serta berwarna-warni.

  5. batu tu pulak jernih mcm kaca atau kristal…

  6. mimpi berjalan di kaki langit dan memarahi bulan kerana mengaku menjadi tuhan.

  7. salam….

    sy nak tanya, ape maknenya mimpikan buah durian.ape yang sy mimpikan ialah, buah durian gugur dgn byknya. shinggakan sy dlm ketakutan utk menyelamatkan diri dr terkena durian yg gugur tu…

  8. salam…

    sy mimpi melihat durian yg tumbuh dia atas tanah..
    durinya lembut dan berwarna hijau terang..

    dlm pd masa yg sama…sy diberi tunang sy 2 cincin permata emas…

  9. salam all..

    hi there..saya bermimpi diberi kerak nasi..dan tidak lama lepas itu saya bermimpi menanam padi..apakah ertinya itu?

  10. mimpi tumbuhan yang dah mati hidup semula kerana kena hujan..

  11. apakah maksudnya kalau bermimpi burung dan saya memberi burung iti makan

Leave a Reply