flying

TAFSIR MIMPI : Terbang

MIMPI TERBANG ; Jika anda terbang dalam keadaan yang tenang dan menghayati keadaan sekeliling bermaksud anda berada dalam situasi yang terpenting. Anda telah bangkit kepada keadaan yang lebih baik. Anda memperoleh perspektif baru tentang sesuatu hal. Jika anda berkeupayaan mengawal penerbangan, ianya menunjukkan anda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda.

Jika anda mempunyai masalah dalam penerbangan, bermaksud sebaliknya; tidak mempunyai kuasa mengawal kehidupan sendiri. Halangan seperti pokok, gunung dan sebagainya bermaksud banyak halangan dalam hidup anda sekarang ini. Anda perlu kenalpasti apa atau siapa yang menghalang anda daripada maju kehadapan didalam hidup. Kesukaran untuk terbang juga bermaksud anda kurang yakin atau keraguan dalam hidup anda. Anda perlu PERCAYA pada diri dan jangan takut. Jika anda takut ketika terbang, ianya bermaksud anda takut kepada cabaran. Mungkin anda belum lagi bersedia untuk langkah seterusnya.

Secara keseluruhan MIMPI TERBANG bermaksud kekuatan MINDA & KEINGINAN anda. Anda merasakan tiada siapa yang dapat menghalang segala usaha anda. Mimpi ini melahirkan rasa KEBEBASAN didalam diri untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup anda.

Share by: Ceciter Misteri

Pandangan Tentang Mimpi Dalam Konteks Islam

>> Oleh Mohd Fadly Samsudin

MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.

Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.

“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.

“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.

“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana Continue reading

Bunian: Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia atau golongan makhluk halus?

Soalan

Saya adalah salah seorang peminat yang sentiasa mengikuti jawapan dan penjelasan Ustaz
dalam ruangan ini. Dalam jawapan terdahulu tentang makhluk halus, Ustaz tidak menyentuh
tentang orang bunian, soalan saya adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk
dalam kategori manusia kerana disebut orang atau ianya termasuk dalam golongan makhluk
halus?

Jawapan

Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak
menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka
saya cuba menjelaskannya.

Makhluk halus yang dikenali dengan Continue reading

Jenis-Jenis Jin dan Makhluk Allah S.W.T

Dari beberapa ayat Alquran, para ulama memahami bahwa jin memiliki kelompok-kelompok, bahkan masyarakat jin itu tidak ubahnya seperti masyarakat manusia. Allah SWT berfirman yang ertinya, “Hai jamaah/kelompok jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya, melainkan dengan kekuatan.” (Ar-Rahman: 33).

Kata jamaah/kelompok yang ditujukan kepada jin dan manusia menunjukkan bahawa antara masing-masing jenis itu–manusia dan jin–terdapat ikatan yang menyatukan anggota-anggotanya. Ini juga sejalan dengan petunjuk dalam Alquran surah Al-A’raf: 38 yang menyifati, baik manusia maupun jin, dengan kata umum (jamak: umat), yakni sekelompok makhluk yang memiliki ikatan kerana adanya persamaan-persamaan tertentu.

Selanjutnya, banyak ulama menegaskan bahawa Continue reading

Cerita Alam Bunian: Mimpi atau Realiti?

Judul Lagu: Bisakahku (Meninggalkanmu?)

Jika ada di kalangan kalian yang pernah singgah atau bermimpi tentang alam bunian, sila kongsikan di sini. Terlalu sukar untuk saya tuliskannya kerna terlalu panjang ceritanya. Tidak tahu dari mana perlu dimulakannya. Dan adakah di kalangan anda yang berminat dengan cerita2 tentang alam tersebut?

Tips: pemandangan yang sememangnya cantik yang tidak pernah kita lihat di alam nyata, dan keindahan jalan ceritanya sepanjang perjalanan di dunia tersebut, yang seolah-olah lama sudah lama kita tinggal di situ. Semetinya tidak akan pernah sama seperti yang sering disiarkan di kaca TV, kerna ia jauh lebih indah dari yang dipaparkan.

Kata Orang: Adakah benar ataupun mitos kerna ada orang yang berkata sekiranya sekali keluarga bunian menyukai kita, kita akan sukar / lambat untuk kahwin?

Ketakutan: Kalau kita hilang atau diculik, belum tentu kita boleh pulang ke alam nyata. Betulkah?

Apa pendapat anda?

Sudi-sudikanlah berkongsinya di sini sekiranya anda mempunyai pengalaman yang sama seperti saya..

 

Bolehkah Kita Berkahwin Dengan Orang Bunian?

Datuk Dr Haron Din,

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?

Halimatussaadiah
Bota, Perak

Jawapan 1

Continue reading